Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

88) SUMBER AIR SELANGOR DAN PROJEK KLORR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri telah punyai data yang konklusif bahawa projek KLORR akan menjejaskan salah satu sumber bekalan air terpenting di Selangor?

    Cadangan jajaran laluan projek Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) dikemukakan oleh AZRB Recourses Sdn Bhd akan menghubungkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) di Sungai Long dengan Lebuhraya Karak di Universiti Islam Antarabangsa dan akan melalui Kawasan Tadahan Empangan Klang Gate. Empangan Klang Gate adalah salah satu empangan yang membekalkan air kepada pengguna Bandaraya Kuala Lumpur. Empangan ini menjadi sumber air kepada Loji Pembersihan Air Wangsa Maju dengan kapasati 45 juta liter sehari dan Loji Pembersihan Air Bukit Nenas dengan kapasiti 145 juta liter sehari. Empangan ini juga bertindak sebagai kolam kawasan tadahan banjir bagi mengelakan banjir di Kuala Lumpur dan bertindak bersama-sama Sistem Terowong SMART.

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjamin kemapanan sumber air di kawasan projek tersebut?

    Beberapa siri perbincangan telah pun diadakan termasuk meminta pemaju mencadangkan beberapa laluan lain termasuk terowong dan lebuhraya bertingkat dan kerajaan negeri telah membuat keputusan laluan yang melalui kawasan tadahan adalah dipersetujui. Bagaimanapun pemantauan yang ketat akan dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pemaju juga telah melantik UKM Pakarunding sebagai perunding untuk menilai potensi kesan yang mungkin akan dihadapi dan langkah-langkah mitigasinya.

    Pada masa ini pemaju hanya akan melaksanakan peringkat pertama iaitu jajaran dari Sungai Long hingga ke Ukay Perdana. Dalam masa lima tahun selepas tu pemaju hanya akan melihat kesediaannya untuk menyambung hingga ke Lebuh Raya Karak terutamanya dari segi kawalan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan sumber air ke atas kawasan tadahan Empangan Klang Gate.

  3. Apakah polisi terkini Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan projek KLORR?

Lampiran

Tiada Lampiran.