Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
64) SUMBER AIR MENTAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah yang telah dibelanjakan LUAS di dalam soal pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan sumber air dan sungai di Negeri Selangor sejak tahun 2018 sehingga 2023?
Jumlah perbelanjaan LUAS bagi tujuan pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan sumber air dan sungai di negeri Selangor sejak tahun 2018 sehingga 2023 adalah sebanyak RM 30,250,023,11.
Peningkatan perbelanjaan LUAS bermula pada tahun 2021 sehingga kini berikutan kepada keperluan penyediaan peruntukan bagi operasi Skuad Pantas LUAS yang menjalankan pemantauan rondaan 24 jam di lembangan sungai strategik Negeri Selangor dan juga peruntukan bagi Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) di Bestari Jaya. Manakala baki yang lain melibatkan pembangunan stesen telemetri, perolehan peralatan pemantauan dan juga kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur sumber air. Pecahan perbelanjaan mengikut tahun 2018 sehingga 2023 adalah seperti jadual berikut:
-
Apakah kaedah yang digunakan bagi memastikan keterjaminan bekalan sumber air bersih Negeri Selangor?
Sehingga 14 Februari 2024, empat (4) buah empangan utama di Negeri Selangor berada pada paras 100% iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi, Empangan Semenyih dan Empangan Tasik Subang. Sementara dua (2) empangan melebihi kapasiti 90% iaitu Empangan Sungai Langat dan Empangan Batu. Sementara Empangan Klang Gate pada paras 84%. Kesemua empangan ini mampu membekalkan air selama enam (6) bulan sekiranya tiada hujan. Status empangan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iwrims.luas.gov.my.
Kesediaan bekalan air mentah ini juga dibantu melalui 100 buah kolam takungan yang dapat dijadikan sumber air alternatif di Negeri Selangor. Kolam-kolam ini mampu membekalkan air tambahan selama 3 bulan lagi. Air kolam akan dialirkan samada secara graviti atau melalui pam ke sungai-sungai di mana kedudukan muka sauk terletak di hilirnya.
Kesimpulannya, Negeri Selangor mempunyai sumber air yang mencukupi untuk membekalkan air kepada penduduk Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama tempoh berlaku fenomena El-Nino pada kali ini.