Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
46) SUMBER AIR MENTAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan keberkesanan operasi pengepaman air ke Sungai Selangor dan kos yang terlibat.
Operasi pengepaman air kolam ke Sungai Selangor telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri sebagai langkah untuk memastikan Negeri Selangor mempunyai air mentah yang mencukupi apabila menghadapi musim kemarau kelak.Sebanyak 18 unit pam dengan kapasiti 960 JLH telah ditempatkan di kolam-kolam untuk menjalankan operasi pengepaman air kolam ke Sungai Selangor bagi membantu meningkatkan kapasiti air Secara tidak langsung, operasi pengepaman ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pelepasan air dari empangan untuk diabstrak oleh loji-loji rawatan air bagi tujuan pemprosesan rawatan air. Sebanyak sembilan (9) kolam-kolam alternatif telah dikenalpasti untuk membantu dalam operasi pengepaman seperti berikut:
- Kolam Hang Tuah
- Kolam Kambing Susu
- Kolam KL-Larut
- Kolam HORAS
- Kolam MBI
- Kolam Timah
- Kolam Tan Chong
Pada peringkat awal operasi pengepaman dilaksanakan sekitar Jun 2014, kapasiti pengeluaran air kolam yang diperoleh dari kesemua kolam adalah sebanyak 300MLD sahaja. Namun, dengan perancangan rapi dan pemantauan berkala yang dibuat, keupayan operasi pengepaman telah berjaya mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 800MLD pada 10 Ogos 2014.
Walaubagaimanapun, sepanjang bulan Ogos 2014, Lembangan Sungai Selangor telah menerima taburan hujan yang banyak. Oleh yang demikian, operasi pengepaman air dari kolam ke sungai telah dihadkan pengeluarannya berikutan hujan yang berterusan telah membantu meningkatkan baseflow sungai. Pada waktu ini, operasi pengepaman air lebihan sungai ke kolam dilaksanakan bagi mengisi kolam takungan untuk digunakan sewaktu musim kering kelak.
Anggaran kasar bagi kos yang terlibat di dalam keseluruhan operasi pengepaman air sungai adalah sejumlah RM 15 juta merangkumi kos pembelian dan sewaan pam, penggunaan minyak diesel, kos penyenggaraan dan sebagainya.
-
Status terkini projek Hybrid Off River Augmentation System
Projek Hybrid Off River Augmentation System atau HORAS telah pun bermula dan diberi milik tapak pada 15 Mac Bagi memudahkan pemantauan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri, projek HORAS ini telah dibahagikan kepada tiga (3) fasa seperti berikut dan ianya dilaksanakan secara berperingkat:
Fasa Tajuk Catatan 1
Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari Jaya Dilaksanakan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)
2
Pakej 1 – Cadangan membina dan menyiapkan kerja- kerja pengukuhan tebing sungai dan tebing kolam takungan melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari Jaya
Akan ditender
Pakej 2 – Pembinaan Stesen Pam Air Mentah Kajian reka bentuk dan pemantauan oleh SMHB Sdn. Bhd.
3
Pakej 1 – Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah, Mukim Bestari Jaya
Dilaksanakan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)
Pakej 2 – Cadangan Membina Dan Menyiapkan Muka Sauk, Pembentong Sambungan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah, Mukim Bestari Jaya Akan ditender
Sehingga 25 September 2014, dilaporkan kemajuan di tapak telah mencapai 19.88% berbanding jadual sebanyak 22.83%. Setakat ini, kerja-kerja pengorekan yang dijalankan oleh KSSB tertumpu kepada kawasan bagi Fasa 1 sahaja. Bagi Fasa 2 dan 3, kerja-kerja masih belum dilaksanakan kerana terlibat dalam proses pengambilan tanah.
Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor telah pun mengemukakan pelan pengambilan balik tanah bagi 141 ekar kawasan yang terlibat dengan pembinaan kolam takungan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor untuk diproses. Dijangka Borang K akan dikeluarkan pada akhir bulan Januari 2015.
Dengan selesainya projek ini, Negeri Selangor akan mempunyai sumber air tambahan sebanyak 600 JLH untuk digunakan sekiranya berlaku musim kemarau yang berpanjangan.
-
Senaraikan jumlah operasi dan kos pembenihan awan di kawasan tadahan air Empangan Sg Selangor mengikut bulan tahun ini.
- Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan air Empangan Sungai Selangor bagi meningkatkan kadar intensiti hujan dan seterusnya paras air Terdapat dua (2) kaedah pelaksanaan operasi pembenihan awan yang telah dijalankan iaitu dengan menggunakan hygroscopic flare dengan kerjasama pembekal perkhidmatan yang dilantik, AFJets Sdn. Bhd. dan juga semburan larutan garam (sodium klorida) dengan kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Pelaksanaan OPA adalah tertakluk kepada kesesuaian cuaca dan juga kewujudan awan kumulus menara.
Jumlah operasi pembenihan awan yang telah dijalankan di kawasan tadahan air Empangan Sungai Selangor dari Mac sehingga 10 November 2014 ialah sebanyak 191 kali dengan jumlah kos keseluruhan ialah RM 3,467,597.59. Perincian adalah seperti jadual berikut:
Bulan
AFJets TUDM Bilangan OPA Kos (RM) Bilangan OPA Kos (RM) Mac 3 Bayaran oleh MKN dan JMM
– – April 17 394,268.00 – – Jun 15 302819.00 – – Mei 8 199,569.00 – – Julai 13 245,988.00 – – Ogos 36 590,239.00 12 816,270.59
September 18 290,594.00 6 Oktober 45 627,850.00 3 November 15 – – – JUMLAH 170 2,651,327.00 21 816,270.59