Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

193) SUMBER AIR BAWAH TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sumber air ini selamat untuk digunakan dan di manakah lokasinya di negeri Selangor?

    Sumber air bumi yang akan dibangunkan dan digunakan sebagai bekalan air kepada penduduk adalah selamat kerana ianya akan dirawat sehingga mematuhi piawaian parameter dan had parameter di dalam Piawaian Kualiti Air Minum yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Piawaian yang digunakan ini telah diadaptasi bagi keperluan rakyat Malaysia berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (World Health Organisation).

    Terdapat beberapa sumber kajian yang menunjukkan potensi air bumi yang boleh dibangunkan di Negeri Selangor seperti:

    1. Kajian dan pemantauan berterusan yang dilaksanakan oleh Jabatan Minera l dan Geosains Negeri Selangor;
    2. Kajian Draf Akhir Sungai Langat Water Abstraction Studies For Lion Blast F urnace Sdn Bhd oleh Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd pada Mei 2012 m engatakan bahawa berdasarkan data air bawah tanah di kawasan Olak Le mpit yang disimulasi pada tahun 2010, terdapat 362.68 Mm3 (juta meter pad u) air bumi pada kedalaman 6m dan 430.36 Mm3 air bumi pada kedalaman 7m. 60%-75% daripada jumlah air bumi tersedia boleh digunakan untuk tuju an pembangunan;
    3. Kajian The Sustainable Groundwater Resources And Environmental Manag ement For The Langat Basin In Malaysia‘ oleh Japan International Cooperat ion Agency pada tahun 2002; terdapat sebanyak 10 MGD (juta galon sehari )air bawah tanah di daerah Kuala Langat yang boleh dibangunkan; dan kaji an-kajian lain.

    Pihak Lembaga merancang untuk mengenalpasti lokasi air bumi dengan jelas untuk dibangunkan sebagai kawasan sumber air bumi. Negara seperti Denmark, Jepun, Indonesia, Thailand dan lain-lain telah lama membangunkan sumber air bumi sebagai sumber bekalan air kepada penduduk. Negeri Kelantan juga telah lama membangunkan sumber air bumi  sebagai sum er bekalan air kepada penduduk.

  2. Berapakah kos rawatan sumber air bawah tanah berbanding kos rawatan air sungai?

    Kos rawatan sumber air bumi yang terperinci tidak dapat dinyatakan secara tepat kerana ianya bergantung kepada kualiti sumber air bumi itu sendiri. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian dan pemantauan yang telah dijalankan, secara umumnya kualiti air bumi adalah lebih baik dan memerlukan rawatan yang minima.

    Contohnya, di Negeri Kelantan kos operasi air permukaan adalah 29.3 sen/m3 manakalah kos operasi air bumi adalah 21.8 sen/m3 (sumber: Air Kelantan Sdn Bhd).

    Di samping itu, pembangunan sesebuah telaga air bumi memerlukan kawasan y ang kecil.

  3. Apakah kesan alam dan ekosistem akibat penggunaan sumber air bawah tanah?

    Pembangunan dan penggunaan air bumi yang dilaksanakan secara mampan tidak akan memberikan impak negatif kepada alam sekitar dan ekosistem.

    Pembangunan yang tidak mampan dan abstraksi air bumi yang berlebihan tanpa kawalan akan menyebabkan:

    i. penurunan paras air bumi;
    ii. pengurangan kualiti air bumi;
    iii. pemendapan tanah (land subsidence);
    iv. kemasukan air masin (salt intrusion);
    v. pencemaran; dan
    vi. pengeringan tanah bencah.

Lampiran

Tiada Lampiran.