Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

126) SUMBANGAN ZAKAT KEPADA ASNAF FAKIR DAN MISKIN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima sumbangan Zakat Asnaf Fakir dan Miskin di Selangor dan berapa jumlah agihannya pada tahun 2015, senaraikan mengikut daerah?

    Berikut merupakan jumlah penerima bantuan zakat bagi asnaf fakir dan miskin mengikut daerah:

     

    BILANGAN KELUARGA ASNAF FAKIR DAN MISKIN MENGIKUT DAERAH DI SELANGOR BAGI TAHUN 2015

     

    BIL DAERAH ASNAF FAKIR

    (KELUARGA)

    ASNAF MISKIN

    (KELUARGA)

    JUMLAH

    KELUARGA

    1 Hulu Selangor 1,858 2,450 4,308
    2 Gombak 1,169 1805 2,974
    3 Petaling 1,959 5289 7,248
    4 Hulu Langat 2,840 4247 7,087
    5 Sepang 526 1305 1,831
    6 Kuala Langat 1,419 2385 3,804
    7 Klang 2,216 5312 7,528
    8 Kuala Selangor 1,000 4303 5,303
    9 Sabak Bernam 151 4059 4,210
    JUMLAH

    KESELURUHAN

    13,138 31,155 44,293

     

    *AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF BAGI TAHUN 2015

     

     

    BIL ASNAF RM (JUTA)
    1 Fakir 98,084,005
    2 Miskin 202,072,866
    3 Amil 78,331,019
    4 Mualaf 53,745,549
    5 Fisabilillah 161,011,983
    6 Gharimin 59,536,093
    7 Ibnu Sabil 1,202,193
    8 Riqab 22,323,387
    JUMLAH KESELURUHAN AGIHAN ZAKAT 2015 676,307,095

     

    *Nota: Data belum diaudit.

     

  2. Berapa ramai penerima zakat yang sudah terkeluar dari senarai penerima zakat dari tahun 2008 hingga Disember 2015?

    Berikut merupakan bilangan penerima yang keluar dari kategori asnaf fakir dan miskin:

     

    *BILANGAN PENERIMA YANG KELUAR DARI KATEGORI ASNAF FAKIR DAN MISKIN DARI TAHUN 2012-2015

    TAHUN BANTUAN MODAL SIASATAN SEMASA JUMLAH
    2012 219 2,832 3,051
    2013 250 783 1,033
    2014 221 1,240 1,461
    2015 173 340 513

     

    *Nota: LZS tidak menyimpan data berkenaan penerima yang keluar dari kategori asnaf fakir dan miskin sebelum tahun 2012.

Lampiran

Tiada Lampiran.