Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
371) SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negeri tahun 2014?
- Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negeri selangor pada 2014 adalah seperti berikut:
Daerah
Nilai Pengeluaran Tahun 2014 (Sehingga Oktober) RM Maklumat Tambahan Nilai Pengeluaran Tahun 2013 RM
GOMBAK / PETALING 3,444,945.93 3,174,571,102.40 HULU LANGAT 3,765,816.70 43,368,084.20 HULU SELANGOR 11,857,875.00 97,475,655.68 KLANG 13,055,327.25 83,957,478.88 KUALA LANGAT 6,759,623.20 699,966,706.60 KUALA SELANGOR 14,167,800.50 654,308,595.58 SABAK BERNAM 151,395,275.83 447,339,993.01 SEPANG 8,046,082.90 46,109,630.58 JUMLAH 212,492,747.00 5,247,097,246.93 -
Apakah strategi bagi meningkatkan sumbangan sektor ini di tahun 2015?
- Strategi bagi meningkatkan sumbangan sektor ini pada tahun 2015 adalah:
- Program Pembangunan Tanah Terbiar
- Membangunkan tanah terbiar menjadi tanah yang produktif dan memberi pulangan kepada
- Meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi memastikan bekalan yang mencukupi serta berkualiti dan selamat dimakan untuk memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan usahawan tani komersil dengan mengeluarkan bahan makanan untuk pasaran segar dan pemprosesan makanan bagi menggiatkan industri asas tani
- Mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran makanan yang baru
- Membangunkan kawasan-kawasan baru yang sesuai dan menyediakan kemudahan infrastruktur untuk pertanian yang moden dan intensif serta penggunaan teknologi modern pertanian.Kawasan yang telah dikenalpasti adalah di Johan Setia dan Sg.
- Menarik pelabur-pelabur tempatan dan luar negeri yang mempunyai agroteknologi yang sesuai untuk melabur dalam pembangunan ladang secara komersil.
- Mewujudkan rantaian makanan ( From farm to table ) dalam pembangunan kluster industri tanaman
- Pembangunan projek TKPM berdasarkan ‘Market driven’ serta menggalakkan sistem pemasaran secara ladang kontrak
- Pengurusan projek pertanian berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB) dengan pengeluaran produk yang berkualiti dan selamat dimakan berteraskan Skim Amalan Ladang Malaysia
- Mengembangkan Program Pertanian Lestari
- Menghasilkan hasil pertanian yang kurang penggunaan bahan kimia dan memastikan persekitaran terutamanya tanah terpelihara. Mengurangkan kos operasi pengeluaran tanaman dengan menguna semula sisa hasil pertanian
- Mengeluarkan produk Natural Farming disamping menambah pendapatan petani
- Kawasan tumpuan adalah kawasan penanaman padi dan sayur-sayuran.
- Sumber Pertanian Baru-Madu Lebah/Kelulut
- Sumber hasil pertanian baru untuk peningkatan bahan mentah dan produk proses.
- Sumber pendapatan sampingan bagi petani kerana ternakan lebah/kelulut boleh dilaksanakan secara integrasi di ladang
- Mewujudkan usahawan memproses madu bagi tujuan produk makanan atau
-
Apakah prospek sumbangan sektor ini di tahun 2015?
Prospek sumbangan sektor ini tahun 2015 adalah:
- Menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang pertanian
- Penglibatan petani yang mempunyai ladang tanaman buah-buahan atau tanaman kelapa untuk melaksanakan projek integrasi ternakan lebah/kelulut
- Pemilik tanah terbiar untuk bekerjasama dan menyokong program pembangunan pertanian di tanah terbiar
- Usahawan industri asas tani yang menggunakan hasil-hasil pertanian supaya tidak berlaku lambakan hasil pertanian serta mewujudkan produk- produk hiliran berasaskan pertanian yang mempunyai nilai
- Mensasarkan lebih ramai pesawah dan penanam sayur yang mengamalkan pertanian lestari serta mendapat pensijilan MyGap