Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
29) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pendengaran awam yang dijalankan oleh SELCAT telah menunjukkan secara terbuka belanjawan-belanjawan luar biasa yang dikeluarkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kepada BALKIS. Kini BALKIS telah digantikan oleh PEKAWANIS di Negeri Selangor. Apakah masih terdapat sumbangan atau perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
Ya. PNSB ada mengeluarkan sumbangan kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini.
-
Apakah bentuk-bentuk sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
Berikut adalah senarai sumbangan, jumlah dan tujuan sumbangan yang telah dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini
seperti di lampiran 1 ( m/s 1 & 2)
-
Berapa banyak dan untuk apakah sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan?
Sama seperti di SUB(a)