Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
36) SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU DAN RUMAH IBADAT DI DUN KOTA DAMANSARA N39 OLEH KERAJAAN NEGERI SERTA AGENSI KERAJAAN NEGERI (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa sumbangan yang telah dan akan diberikan kepada masjid, surau atau rumah ibadat di N39 untuk tahun ini dan 5 tahun yang lepas (2014-2018)?
Untuk makluman, CSR MBI menerima banyak permohonan dari masjid, surau dan sekolah di Negeri Selangor setiap tahun. Permohonan ini tidak melalui Pejabat DUN, maka tiada maklumat spesifik mengikut kawasan.
-
Untuk apakah sumbangan tersebut telah digunakan atau akan digunakan?
Sumbangan diberikan bertujuan untuk mengimarahkan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan surau serta membantu memastikan masjid-masjid dan surau- surau berada dalam keadaan baik dan selesa untuk umat islam beribadat.
-
Bilakah sumbangan tersebut telah atau akan disalurkan?
Sumbangan disalurkan mengikut keperluan serta tertakluk kepada Bajet MBI yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan aliran tunai bersih yang dimiliki oleh MBI.