Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

41) SUMBANGAN INFRA SEKOLAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sumbangan peruntukan infrastruktur sekolah - sekolah di Daerah Klang mengikut jenis sekolah pada tahun sejak tahun 2018 hingga 2024?

    Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar. Sejak tahun 2021 hingga 2023, Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM18,938,015.00 kepada sekolah-sekolah di Daerah Klang mengikut jenis sekolah seperti berikut:

     

    Bil. Kategori

    Sekolah

    Sumbangan (RM)
    2021 2022 2023
    1. Sekolah Menengah Persendirian Cina 2,000,000.00 2,000,000.00 2,000,000.00
    2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 1,130,000.00 920,000.00 935,000.00
    3. Sekolah Mubaligh & Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 310,000.00 440,000.00 460,000.00
    4. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 845,000.00 810,000.00 1,915,000.00
    5. Sekolah Kebangsaan &  Sekolah Menengah Kebangsaan Tiada 323,000.00 170,000.00
    6. Sekolah Agama Rakyat 1,602,000.00 1,690,000.00 1,388,015.00
    JUMLAH 5,887,000.00 6,183,000.00 6,868,015.00

     

    Bagi tahun 2024, agihan bantuan sekolah akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat setelah proses semakan dan penilaian permohonan selesai berdasarkan jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi tahun 2024 iaitu berjumlah RM26,500,000.00.

  2. Senaraikan sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan CSR dari MBI sejak tahun 2018 hingga 2024 bagi DUN Sentosa dan jumlah diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.