Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
12) SUMBANGAN INFRA SEKOLAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sumbangan peruntukan infrastruktur sekolah - sekolah di Daerah Kuala Selangor mengikut jenis sekolah pada tahun sejak tahun 2018 hingga 2022?
Sejak tahun 2018-2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM9,258,000.00 bagi membaiki dan menaiktaraf sekolah-sekolah di Daerah Kuala Selangor melalui program Bantuan Sekolah Selangor dengan pecahan seperti berikut:
TAHUN PERUNTUKAN BILANGAN SEKOLAH 2018 RM2,070,000.00 67 2019 RM1,657,000.00 91 2020 RM1,749,000.00 74 2021 RM1,785,000.00 66 2022 RM1,997,000.00 67 Perincian peruntukan dan sekolah yang diberi bantuan melalui program Bantuan Sekolah Selangor adalah seperti di Lampiran 1.
-
Senaraikan sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan infrastruktur Kerajaan Negeri pada tahun 2022 bagi DUN Bukit Melawati dan jumlah diterima.
Pada tahun 2022, sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan infrastruktur Kerajaan Negeri melalui program Bantuan Sekolah Selangor bagi DUN Bukit Melawati adalah seperti berikut:
BIL NAMA SEKOLAH JUMLAH 1. Maahad Tahfiz Dar As-Thaqofah RM20,000.00 2. Akademi Tahfiz Quranic Az Zaidani RM20,000.00 3. Markaz Dakwah Wat Tarbiah Islamiah Al Ansar RM20,000.00 4. SRAI Bandar Baru Kuala Selangor RM20,000.00 5. At Tahfiz Al Muhammadiah RM20,000.00 6. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong RM8,000.00 7. SJKC Tanjong Karang RM40,000.00 8. SJKC Bagan Pasir RM20,000.00 9. SJKC Yit Khwan RM30,000.00 10. SJKT Ghandiji RM30,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM228,000.00 -
Senaraikan sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan CSR dari MBI sejak tahun 2018 hingga 2022 bagi DUN Bukit Melawati dan jumlah diterima.
Sebagai sumbangan bagi menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah memperuntukkan sebanyak RM115,000.00 kepada DUN Bukit Melawati mulai tahun 2019 untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perincian peruntukan program CSR oleh MBI kepada DUN Bukit Melawati adalah seperti berikut:
TAHUN PENERIMA JUMLAH JUMLAH SUMBANGAN 2019 SRA Kampung Api-Api RM8,000.00 RM28,000.00 SRA Jalan Raja Musa RM10,000.00 SK Bandar Baru Kuala Selangor RM10,000.00 2020 TIADA (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN) 2021 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Musa RM1,000.00 RM66,000.00 Sekolah Rendah Agama Bandar Melawati RM10,000.00 Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru RM50,000.00 SMKA Kuala Selangor RM5,000.00 2022 SRA Bandar Malawati RM2,000.00 RM21,000.00 Sekolah KAFA Integrasi Surau Taman Bayu RM1,000.00 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Agama Kuala Selangor RM3,000.00 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, Bukit Rotan RM10,000.00 Surau Ar-Ridhwan, SMK Agama Kuala Selangor RM5,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM115,000.00