Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
236) SUMBANGAN EKONOMI NEGERI KEPADA NEGARA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah tahap sumbangan ekonomi negeri kepada Negara tahun 2014?
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Selangor bagi tahun 2014 diunjurkan tumbuh 6.1% dengan anggaran berjumlah RM197,949 juta. Jumlah tersebut dianggarkan menyumbang 23.77% kepada KDNK Malaysia (RM832,773 juta).
Sumbangan ini disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pertanian.
-
Apakah ramalan sumbangan ekonomi negeri di tahun 2015?
Pada tahun 2015, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Selangor diunjurkan bernilai RM208,881 juta. Ini bermakna Negeri Selangor dijangkakan akan menyumbang 23.83% kepada KDNK negara (RM876,446 juta).
KDNK Negeri Selangor pada tahun 2015 diunjurkan tumbuh 5.5% kepada RM208,881 juta. Nilai ditambah sektor pembuatan diunjurkan tumbuh 5.6% manakala nilai ditambah sektor perkhidmatan diunjurkan tumbuh 5.4%. Sektor pembinaan diunjurkan tumbuh 11.2%. Sementara itu nilai ditambah sektor pertanian diunjurkan tumbuh 1.6%.