Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
150) SUMBANGAN CSR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan sumbangan CSR anak syarikat MBI sepanjang Januari sehingga Jun tahun 2020 mengikut kawasan dan jumlah sumbangan.
Jawapan belum diterima dari MBI, namun Kumpulan Semesta telah menghantar jawapan secara berasingan seperti berikut:
KUMPULAN SEMESTA SDN BHD
Senarai dan jumlah sumbangan CSR oleh KSSB di sekitar Negeri Selangor sepanjang Januari sehingga Jun 2020 adalah seperti berikut:-
No Penerima Perincian Sumbangan/ Tajuk Program Jumlah (RM) 1. Rumah-rumah ibadat seperti Masjid, Surau dan lain-lain Sumbangan bagi program Ihya Ramadhan & Syawal/ aktiviti atau program keagamaan/ baik pulih 20,000.00 2. Kelab/ Persatuan penduduk/ Kelab sukan/ Kampung/ Universiti/ Program setempat/ pihak berkaitan Sumbangan peralatan awam, bagi kejohanan, aktiviti kesukanan, sumbangan pasir, pembelian tanaman/ pokok, program alam sekitar dan lain-lain 30,398.38 3. Sekolah, Pusat Tahfiz dan lain-lain Sumbangan program seperti kecemerlangan pelajar, program bermanfaat pelajar dan lain-lain 5,000.00 4. Bantuan individu yang layak Sumbangan bencana seperti kebakaran dan lain-lain 5,000.00 5. Keperluan barisan hadapan seperti Hospital dan lain-lain Cecair pembasmi kuman, sarung tangan getah dan lain-lain barang keperluan pencegahan 138,546.00 Jumlah Keseluruhan 198,944.38 -
Nyatakan jumlah sumbangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi tahun 2018-2020.
Jumlah sumbangan KSSB bagi tahun 2018 – Jun 2020 adalah seperti berikut:-
(RM’Juta) 2018 2019 Sehingga Jun 2020 Royalti 15,773,460 19,237,268 6,269,225 HORAS 600 20,226,141 36,041 – Sumbangan Tunai kepada Kerajaan Negeri 1,694,005 6,482,788 2,000,000 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 461,580 572,310 198,944 Jumlah Keseluruhan 38,155,186 26,328,407 8,468,169