Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
163) SUMBANGAN BANJIR BANTUAN SELANGOR BANGKIT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah data Ketua Isi Rumah (KIR) bagi permohonan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat? Nyatakan secara khusus permohonan yang diluluskan dan juga permohonan yang ditolak.
Data Ketua Isi Rumah (KIR) bagi permohonan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Daerah Sepang ialah 6,898 penerima dan Daerah Kuala Langat ialah 11,570. Permohonan secara khusus yang diluluskan adalah sama seperti di atas manakala permohonan yang ditolak masih dalam pengemaskinian oleh Pejabat Daerah dan Tanah.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan Bantuan Selangor Bangkit yang dilaporkan terdapat ketirisan khususnya permohonan yang bertindan?
Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius dan tanpa kompromi mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang ketirisan. Pejabat Daerah dan Tanah sentiasa menyemak permohonan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang bertindan dengan menggunakan sistem yang boleh mengesan perincian maklumat permohonan yang berulang
-
Adakah terdapat penambahbaikan Bantuan Selangor Bangkit bagi memudahkan pemohon bantuan banjir?
Kerajaan Negeri Selangor telah meminda ketetapan kaedah permohonan untuk memudahkan pemohon bantuan banjir seperti berikut :
i. Borang permohonan yang ringkas;
ii. Pengesahan hanya melalui bukti kad pengenalan tanpa salinan;
iii. Tidak wajib untuk mengepilkan gambar kejadian banjir dalam borang permohonan; dan
iv. Tidak perlu mengepilkan laporan polis bagi permohonan BSB
Sehubungan itu, melalui Pejabat Daerah dan Tanah telah mewujudkan sistem untuk menyemak status permohonan penerima dan menghantar SMS kepada penerima bagi tujuan penjadualan agihan.