Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
119) SUMBANGAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kadar dalam bentuk peratusan yang KNS tetapkan bagi setiap Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang berasaskan keuntungan untuk dipulangkan semula kepada KNS?
Dividen merupakan bayaran/imbuhan yang dibayar kepada pemegang saham berdasarkan peratusan ekuiti yang dipegangnya dalam sesuatu syarikat. Kerajaan Negeri Selangor tidak dibenarkan mempunyai pegangan pelaburan saham secara langsung di dalam mana-mana Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri. Ini adalah selaras dengan peruntukan di Seksyen 8, Akta Prosedur Kewangan 1957. Pelaburan Kerajaan Negeri di Anak Syarikat Kerajaan Negeri dipegang melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Pembayaran dividen adalah kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
Badan Berkanun biasanya tidak membuat bayaran dalam bentuk dividen kepada Kerajaan kerana penubuhan Badan Berkanun bukan dalam bentuk pegangan saham.
Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 15 / 2011 bertarikh 27 April 2011, mesyuarat bersetuju untuk meluluskan sumbangan oleh Badan-Badan Berkanun / Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri kepada Tabung Warisan Negeri Selangor (TWNS) seperti syor di perenggan 4 kertas ringkasan seperti berikut:-
- Sumbangan sebanyak 2% daripada keuntungan bersih sebelum cukai (Net Profit Before Tax) pada setiap tahun;
- Sumbangan dikenakan hanya ke atas Badan-Badan Berkanun / Anak- Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang berorientasikan keuntungan dan juga yang berpotensi menjana keuntungan pada tahun kewangan semasa seperti berikut:-
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS)
- Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
- Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
- Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)
- Lain-lain Badan-Badan Berkanun / Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri bermotifkan keuntungan yang akan ditubuhkan pada masa akan
- Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dikehendaki memantau sumbangan anak-anak syarikat di bawah pegangannya; dan
- Sumbangan dicadangkan untuk mula dikutip pada tahun 2011 iaitu sumbangan bagi tahun kewangan
-
Kemanakah penggunaan kewangan ini disalurkan setelah penerimaan diperolehi? Sila nyatakan mengikut program.
Setelah sumbangan 2% atas Keuntungan sebelum cukai (beraudit) setiap tahun kepada Tabung Warisan Negeri Selangor diperolehi, dana tersebut akan dilaburkan ke dalam beberapa bentuk pelaburan seperti mandat pengurusan, saham, dan bon dengan tujuan menjana keuntungan untuk kegunaan dan simpanan generasi pada masa hadapan. Sehingga kini, pengeluaran bagi tujuan manfaat generasi akan datang masih belum ada pengeluaran/perbelanjaan. Tabung Warisan Negeri Selangor akan terus membuat pelaburan yang aktif bagi menambah nilai aset
Penggunaan sumbangan Anak Syarikat dan Badan Berkanun bagi program- program Kerajaan Negeri adalah digunakan terus bagi maksud program- program tersebut. Berikut adalah contoh sebahagian sumbangan Anak Syarikat dan Badan Berkanun bagi tahun 2014:-
Anak Syarikat / Perbadanan Sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 (RM) Tujuan Sumbangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 100,000.00 Program Kerajaan Prihatin 50,000.00 Tajaan Kejohanan Golf Selangor Master 408,750.00 Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2014 Anak Syarikat / Perbadanan Sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 (RM) Tujuan Sumbangan 500,000.00 Tajaan Kejohanan Golf Selangor Master 408,750.00 Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2014 2,000,000.00 Program Kerajaan Prihatin Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 408,750.00 Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2014 408,750.00 Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2014 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 1,000,000.00 Program Kerajaan Perihatin 50,000.00 Kejohanan Golf Selangor Masters 2014 408,750.00 Pembelian Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor 2014 Permodalan Negeri Selangor Berhad 137,000.00 Sambutan Tahun Baru Cina 2014 136,000.00 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 100,000.00 Program Sumbangan Kembali ke Sekolah 200,000.00 Kejohanan Golf Selangor Master Anak Syarikat / Perbadanan Sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 (RM) Tujuan Sumbangan 408,750.00 Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2014 1,000,000.00 Program Kerajaan Prihatin