Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

143) SUMBANGAN ANAK SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sumbangan syarikat - syarikat berkaitan selangor kepada kewangan negeri selangor bagi tahun 2019 - 2021?

    Sumbangan yang disalurkan oleh Kumpulan MBI kepada kewangan Negeri Selangor adalah melalui pembiayaan program atau inisiatif samada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan peranan penubuhannya untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat:-

    i. Bantuan kewangan kepada anak syarikat milikan MBI yang bersifat bukan komersial yang meneraju inisiatif-inisiatif (sedia ada) Kerajaan Negeri Selangor:

    • Program-program yang dilaksanakan bermatlamat untuk menambah baik taraf sosio ekonomi dan kehidupan golongan yang memerlukan.
    • Pendedahan kemahiran dan sukatan pembelajaran memberi peluang untuk berdikari dan berdaya saing.

    ii. Bantuan kewangan kepada anak syarikat milikan MBI di dalam kategori peralihan:

    • Menerajui projek-projek berdaya impak tinggi terhadap ekonomi Negeri Selangor dan Malaysia.
    • Menjadi pemangkin kepada creation of new generation jobs.
    • Mempergiat industri pelancongan Negeri Selangor.
    • Meningkatkan nilai keindahan dan kebersihan alam sekitar.

    iii.   Dana untuk pelaburan baru yang strategik untuk menjana pendapatan berterusan di peringkat MBI dan Kumpulan dan Kerajaan Negeri Selangor.

    Jumlah sumbangan yang disalurkan oleh Kumpulan MBI kepada kewangan Negeri Selangor bagi membiayai program atau inisiatif menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat bagi tahun 2019 hingga 2021 adalah seperti berikut:

    Nama Syarikat 2019 (RM) 2020 (RM) 2021 (RM)
    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) 75,933,000 86,594,000 73,972,000
    Permodalan Negeri Selangor Berhad 8,053,000 6,944,000 13,828,000
    KDEB Waste Management Sdn Bhd 1,346,000 1,044,000 1,366,000
    Kumpulan Semesta Sdn Bhd 7,055,000 7,261,000 10,807,000
    Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 59,000 178,000 197,000
    Tourism Selangor Sdn Bhd 10,000
    Media Selangor Sdn Bhd 10,000 417,000
    Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad 365,000
    SSDU Innovations Sdn Bhd 53,000 116,000
    Invest Selangor Berhad 10,000 20,000
    Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 1,725,000 2,213,000 1,686,000
    Jumlah (RM) 94,224,000 104,254,000 102,784,000

Lampiran

Tiada Lampiran.