Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

269) SUMBANGAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sumbangan anak-anak syarikat kepada kerajaan negeri bagi pelaksanaan bantuan COVID-19 sepanjang tahun 2021 dan apakah anak-anak syarikat yang terlibat?

    Walaupun berdepan dengan pandemik, anak-anak syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor tetap menyumbang kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan bantuan COVID-19. Bagi Kumpulan MBI Selangor, jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak Ringgit Malaysia : Enam Belas Juta Sembilan Ratus Enam Puluh Sembilan Ribu, Tiga Ratus Enam Puluh Lima sahaja (RM16,969,365.00).

    MBI Selangor serta 8 anak-anak syarikat berikut turut sama menyumbang kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan bantuan Covid-19:-

    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    2. KDEB Waste Management Sdn Bhd
    3. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd
    4. Media Selangor Sdn Bhd
    5. Bukit Beruntong Golf & Country Resort
    6. SSDU Inovation Sdn Bhd
    7. Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    8. Yayasan Hijrah Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.