Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

139) SUKUK AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam tahun 2024 dan 2025, Air Selangor akan mengeluarkan sejumlah RM5.2 bilion dari sukuk untuk perbelanjaan pembangunan dan operasi termasuk membiayai pembinaan Loji Rawatan Air Rasau. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan kewangan Air Selangor selain menaikkan tarif air?

    Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri tidak perlu memberikan bantuan kewangan kepada Air Selangor kerana Air Selangor berkemampuan untuk membiayaai pengurusan syarikat berdasarkan kewangan dan aliran tunai syarikat yang kukuh. Namun, peranan Kerajaan Negeri hanyalah memantau prestasi kewangan Air Selangor yang merupakan anak syarikat hak milik kerajaan negeri.

    Walaupun begitu, pada awal penubuhan syarikat, Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan kewangan menerusi pemberian geran bernilai RM75 juta dan pinjaman sebanyak RM248 juta. Air Selangor juga menerima Letter of Comfort (LOC) sebagai satu bentuk jaminan daripada Kerajaan Negeri kepada pihak Air Selangor yang menunjukkan kepercayaan Kerajaan Negeri kepada kedudukan kewangan Air Selangor. Ini disokong dengan pengiktirafan ke atas Air Selangor oleh RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) pada 11 September 2023 yang meneruskan pengesahkan penarafan penilaian jangka panjang AAA/Stabil dan jangka pendek P1 ke atas Program Sukuk Murabahah Air Selangor. Penarafan tertinggi ini mencerminkan kedudukan kewangan Air Selangor sebagai sebuah entiti Kerajaan Negeri Selangor yang berdaya saing dan mempunyai tahap risiko kredit yang rendah.

    Ini merupakan satu pencapaian bagi anak syarikat negeri yang tidak lagi bergantung kepada Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pembiayaan. Ini adalah satu contoh yang baik yang boleh diikuti oleh anak-anak syarikat yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.