Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

159) SUKMA 2026

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah persiapan kerajaan terhadap penganjuran SUKMA 2026 di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor telah diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai Tuan Rumah bagi Temasya SUKMA 2026. Sebagai Tuan Rumah Temasya tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan agar penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini ianya menjadi penganjur yang terbaik mengikut piawaian penganjuran diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa serta telah menetapkan sasaran Kontinjen Negeri Selangor sebagai Juara Keseluruhan bagi Temasya SUKMA 2026 akan datang. Pembentukan Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Sekretariat akan dibentuk bagi memastikan pelaksaan Temasya SUKMA 2026 akan lebih tersusun dan perancangan yang dibuatkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    Pada peringkat awal ini, Pihak Sekreteriat telah mengenalpasti sejumlah 31 buah venue disekitar Negeri Selangor untuk dijadikan lokasi pertandingan. Ianya akan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam / Majlis Bandaraya Subang Jaya / Majlis Bandaraya Petaling Jaya /  Majlis Bandaraya DiRaja Klang Majlis Perbandaran Sepang/ Majlis Perbandaran Selayang / Majlis Perbandaran Kuala Selangor / Majlis Perbandaran Kuala Langat. Perbincangan akan dilaksanakan bagi mengenalpasti perkara-perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan keperluan utama terhadap venue pertandingan ditetapkan dan diselesaikan termasuklah dari segi peruntukan baik pulih dan sebagainya. Buat masa ini tiada cadangan untuk sebarang pembinaan fasiliti mahupun Infastuktur sukan yang baru dan ianya hanya akan melibatkan kerja-kerja naik taraf mahupun baik pulih terhadap venue pertandingan.

Lampiran

Tiada Lampiran.