Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
236) SUKMA 2016
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kontinjen Selangor telah bersiap sedia untuk menempuh juara pada SUKMA 2016?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sedang membuat persiapan bagi setiap pasukan dan acara yang dipertandingkan di Sarawak pada bulan Julai 2016 nanti. Di kejohanan SUKMA 2016 ini, pihak Majlis mensasarkan memperbaiki kedudukan tempat ke-3 teratas keseluruhan pada temasya yang akan datang
Pihak Majlis telah merangka persediaan pasukan untuk semua pasukan yang terlibat iaitu sebanyak 24 jenis sukan sejak tahun 2014 lagi. Persiapan ini telah dibahagikan kepada empat (4) fasa persediaan iaitu Fasa I (2014), Fasa II (Januari – Jun 2015), Fasa III (Julai – Disember 2015) dan Fasa IV ( Januari
– Julai 2016). Setiap fasa – fasa persediaan ini, bukan hanya menumpukan aspek latihan, tetapi latihan pendedahan di dalam dan luar negara.
-
Berapakah kos yang dijangka digunakan untuk kerja-kerja persiapan Dan perbelanjaan kontijen sukan Selangor?
Bagi persediaan untuk menyediakan kontinjen kos keseluruhan adalah sebanyak 8.1 juta memandangkan Negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah pada tahun 2016. Jumlah ini adalah merangkumi persediaan latihan pasukan, pendedahan ke kejohanan kebangsaan dan luar negara, skim – skim khas bagi atlet yang berpotensi dan kejurulatihan manakala selebihnya adalah meliputi persediaan logistik kontinjen termasuk penerbangan, penginapan, makanan dan
-
Berapakah acara Dan atlet atau atlet paralimpik menyertai?
Sukan Malaysia tidak mengehadkan penyertaan atlet paralimpik daripada menyertai kejohanan ini. Walau bagaimanapun, tiada acara khusus yang dianjurkan untuk atlet paralimpik. Kontinjen Negeri Selangor pernah menyenaraikan seorang atlet paralimpik dalam acara memanah pada tahun 2004 iaitu Allahyarham En Mohamad Salam bin Sidek. Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia khusus untuk atlet paralimpik sebaik sahaja Sukan Malaysia