Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
234) SUKARELAWAN PANTAS SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah PANTAS Selangor dan berapakah peruntukan yang telah disediakan untuknya?
PANTAS adalah singkatan untuk Pasukan Tindakan Segera yang telah ditubuhkan pada 2 Oktober 2013 dan diluluskan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Objektif PANTAS adalah seperti berikut :
- Memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan bencana;
- Penyelerasan awalan bantuan bersama jabatan dalaman, agensi keselamatan dan penyelaras bencana daerah selaras dengan Arahan No.20, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diambil alih oleh Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan & Bencana; dan
- Memastikan operasi bantuan dilaksanakan mengikut pelan Tindakan Tetap Pengurusan Kecemasan dan Bencana serta mematuhi Arahan Keselamatan yang telah
- Sejak dari awal penubuhan sehingga kini, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah menyediakan satu set lengkap uniform berserta kasut secara one-off kepada setiap anggota Skuad PANTAS PBT Selangor dengan kos keseluruhan RM109,650.00. Selain itu, UPEN melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan empat (4) siri Kursus Asas dan tiga
- siri Kursus Lanjutan secara berperingkat kepada anggota Skuad PANTAS pada tahun 2014 dan
-
Berapakah jumlah keahlian PANTAS setakat ini?
Berikut adalah keahlian anggota Skuad PANTAS mengikut PBT masing- masing :
PBT JUMLAH ANGGOTA MBSA 39 MBPJ 24 MPK 17 MPAJ 25 MPSJ 39 MPS 19 MPKj 24 MPSp 25 MDKL 18 MDHS 8 MDKS 22 MDSB 28 JUMLAH 288 -
Adakah keahlian PANTAS ini mewakili semua DUN?
Keanggotaan PANTAS adalah di kalangan pegawai dan kakitangan PBT sahaja.