Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

5) SUKARELAWAN KESIHATAN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Sukarelawan Kesihatan Selangor dalam misi banjir di Selangor ?

    Komuniti memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan Negeri melaksanakan program yang dirancang termasuk berkaitan kesihatan awam. Justeru itu, hasil daripada idea Selangor Task Force Covid-19 (STFC), satu pasukan respon pantas (rapid response team) terdiri daripada komuniti setempat telah ditubuhkan iaitu Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA). Sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2021, SUKA telah melaksanakan membantu pelbagai program berkait kesihatan awam bersama komuniti setempat seperti Program Vaksin Selangor (SelVAX), pengurusan di pusat kuarantin, pengedaran bantuan perubatan dan kit perlindungan diri. Susulan daripada musibah banjir besar yang melanda negeri Selangor pada akhir Disember lalu, SUKA turut menghulurkan bantuan berbentuk kesihatan kepada mangsa banjir seperti pengedaran pelitup muka, sanitasi tangan, pulse oximeter dan kit ujian kendiri air liur. Terdapat juga anggota SUKA yang membantu memantau mangsa banjir yang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan menyediakan bantuan keperluan.

  2. Apakah program kerjasama yang boleh dilaksanakan antara SUKA dan PWB ?

    SUKA sentiasa bersedia mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Pusat Wanita Berdaya (PWB) dalam memastikan rakyat mendapat manfaat yang lebih menyeluruh. Ini termasuklah program kesihatan wanita seperti ujian kanser payudara (mammogram) yang telah dilaksanakan sebelum ini namun kurang mendapat sambutan. SUKA dan PWB juga boleh berganding bahu dalam  program kesedaran dan didikan kepada komuniti setempat berkaitan isu dan mesej kesihatan dan kekeluargaan, seperti kesedaran kesihatan mental, pendidikan keganasan rumah tangga serta kempen kesedaran penjagaan kesihatan dan kebersihan di kalangan ahli keluarga terutamanya  bersama anak-anak.

Lampiran

Tiada Lampiran.