Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
14) SUKAN UNTUK KESIHATAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagi menjaga kesihatan, sukan salah satu cara bagi mengekalkan diri sihat dan fit. Apakah rancangan-rancangan sukan untuk kesihatan bagi seluruh masyarakat di Selangor ?
Untuk makluman pihak tuan, Majlis Sukan Negeri Selangor(MSNS) berfungsi sebagai sebuah badan sukan yang bertujuan untuk merancang, melaksana dan menilai program pembangunan sukan bagi sukan prestasi tinggi untuk atlit Selangor. Selain itu juga, MSNS juga menjadi induk dalam pembangunan fizikal melalui sistem pengurusan yang efisyen dan berkesan ke arah kegemilangan Sukan Selangor. Jadi, MSNS sememangnya telah banyak mengadakan dan merancang aktiviti-aktiviti sukan tetapi lebih memberi keutamaan kepada atlit-atlit negeri Selangor. Untuk pengetahuan pihak tuan, MSNS juga mengadakan banyak aktiviti-aktiviti sukan untuk masyarakat Selangor tetapi dengan kerjasama badan-badan lain seperti pihak berkuasa tempatan(PBT), Penggerak Belia Tempatan(PeBT) dan persatuan sukan serta badan bukan kerajaan(NGO). MSNS sentiasa memberi kerjasama terhadap program-program yang dianjurkan seperti dalam hal berkaitan teknikal, sokongan mahupun bantuan kewangan. Ini menunjukkan MSNS tidak hanya menumpukan kepada atlit Selangor semata-mata tetapi dapat memastikan program pembangunan sukan negeri berjaya melalui bantuan kewangan, kepakaran dan kemudahan kepada persatuan negeri, Majlis Sukan Daerah(MSD) dan Majlis Sukan Sekolah –
-
Bagaimanakah cara menarik semua golongan melibatkan diri dalam sukan
Apabila ditanya cara untuk menarik semua golongan melibatkan diri dalam sukan, aspek yang perlu dibincangkan adalah golongan mana yang perlu diutamakan. Tidak dinafikan sukan bukan hanya untuk mereka yang muda sahaja malah sudah menjadi aktiviti setiap golongan. Sebenarnya terdapat perbezaan dari segi cara menarik minat golongan tertentu melibatkan diri dalam sukan. Contohnya untuk menarik minat golongan kanak- kanak melibatkan diri dalam sukan adalah berbeza dengan remaja mahupun Pihak MSNS sebenarnya bukan lah satu badan yang memberi keutamaan dalam menarik minat semua golongan melibatkan diri dalam sukan tetapi menjadi platform untuk mereka yang ingin menjadikan sukan sebagai keutamaan. Tugas untuk menarik minat semua golongan melibatkan diri dalam sukan lebih kepada tanggungjawab persatuan-persatuan sukan dalam negeri. Ini dapat dibuktikan dengan penglibatan pelbagai golongan dalam persatuan sukan seperti persatuan badminton, persatuan karate-do dan banyak lagi. Untuk pengetahuan tuan, persatuan sukan di Negeri Selangor kebanyakannya bergiat secara aktif dan sentiasa di bawah pemantauan daripada pegawai – pegawai Majlis Sukan Negeri Selangor(MSNS). Pihak MSNS memberi kebebasan kepada persatuan sukan dalam menjalankan aktiviti malah sentiasa memberi kerjasama dalam sebarang program seperti penganjuran sukan – sukan di peringkat negeri Selangor malah di peringkat antarabangsa.
-
Sejauh manakah kerajaan peka bagi menyediakan ruang untuk bersukan dan riadah ?
Kerajaan negeri Selangor sentiasa membantu dari aspek kewangan untuk menyediakan ruang bersukan dan riadah kepada warga negeri Selangor khususnya. Untuk makluman tuan, MSNS mempunyai pusat sukan sendiri di Seksyen 6, Shah Alam. Di pusat sukan ini terdapat beberapa kemudahan sukan seperti dewan sukan tempur, dewan gimnastik dan gimrama serta unit sains sukan dan kejurulatihan. Kemudahan-kemudahan ini biasanya digunakan oleh persatuan-persatuan bagi menjalani latihan dengan kebenaran dari pihak MSNS. Selain itu juga, kemudahan-kemudahan lain seperti Stadium Shah Alam, Stadium Melawati dan sebagainya sebenarnya di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA). Kerajaan Negeri Selangor telah memberi hak pengurusan kepada pihak MBSA dalam menguruskan semua kemudahan-kemudahan tersebut.