Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
39) SUKAN SEA 2027
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah penglibatan Kerajaan Negeri Selangor dalam penganjuran Sukan SEA di Malaysia pada tahun 2027?
Buat masa ini, masih belum ada keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia ( MOM ) dan Majlis Sukan Negara Malaysia ( MSNM ) berkaitan Negeri-negeri yang terlibat dalam penganjuran Temasya Sukan SEA tahun 2027. Buat masa ini hanya 3 negeri sahaja yang menyatakan hasrat untuk terlibat iaitu Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur
-
Apakah bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan dan pihak penganjur Sukan SEA?
Sebarang bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dan Penganjur Sukan SEA 2027 akan dibuat sejurus pengesahan dan persetujuan bersama diterima dalam melaksanakan penganjuran SUKAN SEA tersebut.
-
Bagaimanakah Sukan SEA 2027 dijangka memberi manfaat ekonomi kepada negeri Selangor?
Sememangnya Negeri Selangor akan menerima impak yang positif daripada kerjasama tersebut dalam penganjuran bersama bagi Temasya Sukan SEA ini antaranya :-
- Peningkatan peluang pekerjaan hadir melalui pertumbuhan dan peningkatan sosio ekonomi terhadap perniagaan sekitar venue pertandingan dan penginapan sepanjang Temasya berlangsung.
- Peningkatan permintaan terhadap sektor perhotelan diperolehi melalui daripada kontinjen pasukan, penyokong mahupun ahli keluarga atlet yang hadir untuk menyaksikan Temasya ini.
- Peningkatan sektor pelancongan negeri melalui kehadiran pasukan dari seluruh Asia yang bukan hanya ingin menyaksikan sukan malahan melawati lokasi-lokasi pelancongan disekitar negeri.