Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
36) SUKAN PERMOTORAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana kerajaan memanfaatkan litar yang sedia ada untuk peminat sukan permotoran?
Litar permotoran yang memenuhi syarat dari Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM) yang berada di Negeri Selangor hanya terdapat 3 buah litar iaitu :
Namun begitu, semua kemudahan tersebut bukanlah dibawah kawal selia Kerajaan Negeri Selangor. Oleh yang demikian semua aktiviti sukan permotoran dijalankan oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM). Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang ingin menjalankan sebarang aktiviti permotoran sepertimana pelaksanaan bersama Perlumbaan Petronas Malaysia Cub Prix Championship, Go-kart dan mini bike.
-
Adakah kerajaan menyediakan pakej (harga ehsan) bagi menggalakkan penggunaan litar yang betul?
Memandangkan pengurusan litar-litar tersebut di bawah kawal sedia pihak syarikat atau operator, Kerajaan Negeri tidak terlibat dari segi pengurusan dan ketentuan harga pakej bagi penggunaan mana-mana litar perlumbaan.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan jalan-jalan yang sesuai untuk dijadikan sebagai litar drift, drag dan lain-lain?
Kerajaan Negeri Selangor boleh mempertimbangkan mana-mana cadangan yang dikemukakan sekiranya terdapat kawasan atau laluan jalanraya yang bersesuaian. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan pembangunan sekitar kawasan ataupun laluan yang dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya berkaitan urusan perihal tanah, penyelarasan aspek kacau ganggu dan bantahan penduduk, kajian impak sosial dan alam sekitar serta lain-lain pematuhan syarat- syarat teknikal.