Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

132) SUKAN PARAGLIDING DI BUKIT JUGRA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah potensi sukan paragliding di Bukit Jugra dari sudut pelancongan, sukan dan rekreasi?

    Potensi amat baik kerana faktor geografi Bukit Jugra menyediakan sumber angin kepada juruterbang. Ramai peluncur daripada dalam dan luar negara datang pada hujung minggu untuk melakukan aktiviti

  2. Bagaimanakah aspek keselamatan sukan ini?

    Dari segi keselamatan, ianya terkawal kerana setiap peluncur perlu mempunyai lesen terlebih dahulu untuk terbang. Bagi peluncur yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini, mereka akan di awasi oleh peluncur yang

     

    Dari segi faktor fizikal, pembinaan tempat ‘take off’ dan mendarat telah diterapkan dengan ciri-ciri keselamatan berdasarkan rujukan daripada badan- badan sukan ini.

  3. Adakah kerajaan negeri menyediakan sebarang kemudahan untuk sukan ini dan berapakah kosnya?

    Kemudahan yang telah disediakan adalah seperti tandas, wakaf, tempat parkir kereta dan sebagainya. Pihak Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan sebelum ini bagi penyediaan kemudahan tersebut secara berperingkat melibatkan kos hampir RM 500,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.