Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
83) SUKAN LAYAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bersedia membantu menyediakan kemudahan prasarana pusat latihan sukan perahu layar di Pantai batu Laut?
Sukan Perahu Layar merupakan salah satu sukan yang diletakkan di bawah Program Pembangunan Sukan di Negeri Selangor. Pusat Latihan Sukan Perahu Layar merupakan sebuah pursat latihan yang dibangunkan oleh Persatuan Sukan layar Negeri Selangor dan Majlis Sukan Negeri Selangor semenjak tahun 2000 Saban tahun sukan ini sentiasa melahirkan atlet yang cemerlang bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah hingga ke pringkat antarabangsa. Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa memantau kemudahan prasarana bagi membolehkan atlet berlatih dengan sempurna. Sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membantu menyediakan kemudahan untuk berlatih iaitu ramp untuk memudahkan laluan bot ke laut pada 2007. Malah pada tahun 2015 Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan bagi menaiktaraf ramp di Pusat Perahu Layar Pantai Batu Laut ini. Kerajaan Negeri juga sentiasa menaik taraf peralatan-peralatan latihan dan kejohanan termasuklah pembelian bot-bot baru mengikut keperluan atlet. Terbaru, Persatuan ini telah dibekalkan dengan Sembilan (9) buah bot baru untuk digunakan semasa Sukan Malaysia yang lalu.
-
Berapakah peruntukan kerajaan bagi membantu memajukan sukan perahu layar bagi tahun 2010 - 2014?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyediakan bantuan peruntukan bagi memajukan sukan Perahu Layar pada setiap tahun. Jumlah peruntukan yang disediakan adalah bergantung kepada kejohanan-kejohanan yang disertai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasil daripada peruntukan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, beberapa orang jaguh dunia telah berjaya dilahirkan dikalangan atlet-atlet Negeri Selangor. Berikut adalah jumlah peruntukan yang digunakan dari tahun 2010-2014 :-
Tahun Jumlah (RM) Catatan 2010 147,217.00 Penyertaan kejohanan, peralatan dan 4 buah bot 2011 68,344.00 Penyertaan kejohanan dan peralatan 2012 74,728.00 2013 92,642.00 2014 374,224.10 Penyertaan kejohanan, peralatan dan 9 buah bot Jumlah 757,155.10