Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

113) SUKAN DAN REKREASI BAGI ANAK-ANAK OKU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi bagi kanak-kanak OKU?

    a, b dan c)

     

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil berat mengenai kemudahan sukan untuk semua golongan masyarakat termasuklah OKU. Kerajaan Negeri sedia maklum mengenai peratusan OKU yang semakin meningkat dan berusaha pada masa akan datang bagi menyediakan kemudahan sukan untuk OKU bagi menjamin keselamatan dan keselesaan mereka.

     

    Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan setakat ini tiada menyediakan peruntukan dan tidak membangunkan kawasan sukan dan rekreasi yang khusus untuk golongan OKU. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Kerajaan Negeri berusaha membangunkan kawasan sukan dan rekreasi yang inklusif untuk semua tanpa mengira golongan OKU ataupun tidak dalam usaha menyediakan kemudahan- kemudahan sukan serta untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda yang tinggi, aktif dan sihat

  2. Senaraikan kemudahan-kemudahan ini jika ada?

  3. Berapakah peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kemudahan ini bagi tahun 2016?

Lampiran

Tiada Lampiran.