Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
57) SUKAN DAN MASJID
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang telah diambil bagi memastikan keseimbangan antara Sukan dan Masjid supaya kedua-duanya mencapai matlamat?
Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keseimbangan antara Sukan dan Masjid supaya kedua-duanya mencapai matlamat ialah menjadikan masjid sebagai pusat transformasi masyarakat di mana tumpuan diberikan kepada golongan belia dan remaja disebabkan golongan ini terlalu kurang berada di masjid jika dibandingkan dengan golongan warga emas. Seterusnya, belia dan anak-anak muda juga tidak dapat dipisahkan dengan sukan. Oleh sebab itu, salah satu usaha pihak Masjid untuk menggalakkan kehadiran golongan belia ke masjid ialah dengan mewujudkan program- program sukan di Masjid di mana kesempatan ini boleh digunakan untuk mentarbiah dan mendidik mereka ke arah belia yang lebih berwawasan dan seimbang dari segi keperluan duniawi dan ukhrawi. Ini menunjukkan bahawa bersukan bukanlah merupakan satu alasan kepada mereka untuk tidak beribadat.
-
Apakah langkah yang diambil bagi memastikan pasukan bola sepak Negeri Selangor kembali cemerlang?