Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

28) SUKAN BOLA SEPAK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk membantu kelab- kelab tempatan di DUN masing- masing?

    Menyediakan padang bolasepak dan gelanggang futsal sebanyak yang boleh.

  2. Apakah program bola sepak untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun?

    Program bola sepak untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah di bawah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) iaitu di peringkat Sekolah Rendah dan peringkat Daerah. Di samping itu Program ini turut diadakan di bawah kelab gabungan FAS seperti Kelab Bolasepak PKNS, Kelab Bolasepak PROTON, Kelab Bolasepak PNSB, Kelab Bolasepak MBPJ dengan menganjurkan program ‘First Touch’ pada hari Sabtu dan Ahad.

  3. Bagaimana kerajaan Negeri menyelaraskan program bola sepak dengan Majlis- majlis Bandaran Selangor?

    Program bolasepak selaulunya diselaraskan oleh Majlis Sukan Negeri dan FAS bersama Majlis-Majlis Bandaran. Sukan Selangor yang dikenali sebagai SUKSES merupakan antara program sukan yang bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA). Kebanyakan pasukan yang bertanding di Sukan Selangor ini diuruskan oleh Majlis-majlis Bandaran melalui Majlis Sukan Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.