Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

97) SUKAN BOLA SEPAK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sebab utama kemerosotan pasukan bola sepak Selangor pada tahun ini di dalam Liga Malaysia dan Piala Malaysia walaupun kerajaan negeri telah memberikan insentif tajaan melalui MENTERI BESAR INCORPORATED?

    Secara keseluruhan prestasi  pasukan adalah baik oleh kerana Pasukan Bola  Sepak Selangor menjadi Naib Juara Liga Super maka pasukan Selangor adalah yang terbaik di Malaysia oleh kerana pasukan yang menjadi Juara Liga Super ad alah pasukan dari Singapura.

     

    Di peringkat Piala FA pasukan berjaya sehingga peringkat Suku Akhir hanya tewas kepada pasukan bernilai RM30 juta iaitu Johor Darul Takzim FC.

     

    Pasukan Bola Sepak Selangor juga adalah antara pasukan 16 terbaik di dalam AFC Cup.

    Pada saingan Piala Malaysia pula pasukan Selangor tidak bernasib baik oleh kerana telah dalam situasi ‘off-form’ pada peringkat tersebut tetapi telah meningkat di hujung peringkat kumpulan tetapi telah agak terlewat untuk layak ke pusingan Suku Akhir.

     

    Walau bagaimanapun, Pasukan Bola Sepak Selangor telah menunjukkan permainan yang amat memberangsangkan dan telah ‘peak’ pada saingan Piala Sultan Selangor tempoh hari.

Lampiran

Tiada Lampiran.