Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

320) SUKAN ABILYMPICS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan berhasrat untuk terlibat dalam pertandingan Abilympics yang akan datang?

    Jawapan ini akan dijawab bersekali dengan jawapan soalan no. 352 (c) daripada Yang Berhormat Meru.

    Abilympics atau dikenali sebagai Ability Olympics adalah pertandingan kemahiran bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Acara ini diadakan secara berkala setiap empat tahun sekali di peringkat antarabangsa. Abilympics Malaysia kini mempersiapkan atlet-atlet OKU untuk bertanding dalam Abilympics Antarabangsa ke-11 yang akan berlangsung di Finland pada tahun 2027. Kerajaan Negeri melalui Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS) dengan kerjasama pertubuhan dan organisasi berkaitan sedang dalam perancangan bagi mencari OKU yang berbakat untuk menyertai Abilympics 2027.

  2. Apakah peranan kerajaan dalam meningkatkan pembangunan kemahiran OKU di Selangor, seterusnya menyertai Abilympics?

    Kerajaan Negeri akan mengadakan usaha sama dengan Pusat latihan kemahiran seperti CIAST dan UiTM dalam menyediakan latihan untuk meningkatkan pembangunan kemahiran dalam kalangan OKU. Usaha ini bagi memastikan golongan OKU di Selangor mampu mengetengahkan bakat mereka dalam pemilihan di peringkat negeri, seterusnya mewakili Malaysia ke pertandingan Abilympics Antarabangsa 2027.

  3. Peranan EXCO yang manakah menguruskan hal berkaitan pembangunan kemahiran OKU?

    EXCO Pembangunan Wanita & Keluarga bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan pembangunan kemahiran OKU. Selain itu, terdapat Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) yang turut melaksanakan pembangunan kemahiran bagi pekerja di Selangor termasuk golongan OKU.

Lampiran

Tiada Lampiran.