Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

327) SUKAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam mengenang jasa atlet sukan Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sangat mengambil berat kepada atlet-atlet mahupun bekas-bekas atlet negeri Selangor sebagai tanda menghargai dan mengenang jasa mereka yang telah menabur bakti terutamanya dalam mengharumkan nama negeri Selangor khususnya dan Malaysia Amnya terutamanya bidang sukan. Sebagai contoh Kerajaan Negeri Selangor ada menyediakan penghargaan pengurniaan Darjah  / pingat / Bintang Negeri Selangor khas untuk individu / atlet yang terlibat dalam sukan serta layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan:-

    1. Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S.)
    2. Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B.K.S.)
    3. Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S.)

    Selain daripada itu terdapat inisiatif lain seperti Tawaran pakej Pendidikan (Biasiswa Sukan), Pendedahan terhadap kursus-kursus keusahawanan, bengkel kemahiran dan sebagainya. Nanum ianya tetap ada syarat dan kelayakan yang perlu dipatuhi dalam memperolehi inisiatif tersebut.

  2. Apakah terdapat sebarang inisiatif seperti pembinaan muzium untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian mereka?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai cadangan khusus untuk membina khas Muzium Sukan. Ini disebabkan kos bagi membina dan mengumpulkan keperluan Muzium Sukan sangat besar. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Selangor di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor yang menguruskan Muzium Alam Shah Negeri Selangor sentiasa mengadakan pameran / galeri yang berkaitan sukan sepertimana pameran Legasi Anak-anak Sidek  (Badminton ) yang pernah diadakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.