Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

209) SUBSIDI BAJA KEPADA PESAWAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa berlaku kelewatan penghantaran baja kepada pesawah

    Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengakui wujud kelewatan sedikit bagi penghantaran baja subsidi pada tahun ini disebabkan kementerian perlu menunggu kelulusan khas daripada Kementerian Kewangan untuk menyambung kontrak Skim Insentif Pengeluaran Padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Kelewatan berlaku selama seminggu dan telah diselesaikan dengan segara.

  2. Apa tindakan dari Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini yang pasti berlaku setiap awal tahun

    Kerajaan Negeri melalui penyelarasan bersama Jabatan Pertanian, IADA Barat Laut Selangor dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memastikan tempahan dan pengagihan bekalan baja subsidi dibuat lebih awal sebelum musim menanam padi bermula.

  3. Berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk program subsidi baja ini

    Di pihak Kerajaan Negeri Selangor, sejumlah RM 2.2 juta peruntukan disalurkan kepada Jabatan Pertanian bagi pembangunan industri padi meliputi pemberian bantuan baja, peralatan serta benih padi.

Lampiran

Tiada Lampiran.