Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
93) SUBSIDI AIR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri memberi kupon air percuma untuk subsidi air penduduk di kawasan flat yang menggunakan meter pukal. Sejak bilakah kupon tersebut mula dikeluarkan ?
Pelaksanaan pemberian rebet air percuma melalui kupon telah dilaksanakan secara berperingkat bagi sejumlah 234 pangsapuri kos rendah yang disenaraikan seperti berikut:
- Fasa Pertama bermula pada bulan Jun tahun 2010 di Pangsapuri Sri Tanjung sebagai projek perintis selama tiga bulan;
- Fasa Kedua bermula bulan Oktober 2010 melibatkan 85 kawasan pemajuan; dan
- Fasa Ketiga dan seterusnya bermula bulan Mac 2011 melibatkan 148 kawasan pemajuan.
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah dikeluarkan dan siapakah atau penduduk manakah yang telah menerima kupon sepanjang tempoh tersebut ?
Setakat 26 Februari 2012, jumlah peruntukan kewangan yang terlibat untuk membayar tuntutan rebet air percuma adalah sejumlah RM2,745,903.45 seperti berikut:
- Tahun 2010
RM17,117.08
- Tahun 2011
RM2,155,133.47
- Tahun 2012 (Setakat bulan Januari)
RM573,653.00
Daripada keseluruhan jumlah 234 kawasan yang telah disenaraikan, sebanyak 137 kawasan telah membuat tuntutan rebet air percuma seperti di LAMPIRAN A.
LAMPIRAN A
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH 1. MBSA (5 kawasan)
Seri Melewar Seksyen U1 Mentari Seksyen U5 Sunway Sinar Seksyen U9 Rimau Indah Seksyen 32 Seri Era Seksyen 36 2. MBPJ (16 kawasan)
Apartment Lestari Desa Mentari Blok 10 Petaling Utama Blok A & B Flora Damansara Blok A & B Desaria Fasa 5B Damai Desa Perangsang A & B Pelangi Damansara Impian Baiduri Desa Mentari Blok 1-8 Taman Sri Aman Medan Cahaya Blok A – C Medan Cahaya Blok D – F Medan Cahaya Blok G – H Pelangi Ara Blok G Desa Mentari Blok 9 3. MPSJ (20 kawasan)
Sri Tanjung Seri Kayan Blok Angsana, Bougenvilla, Carnation & Daisy Taman Seksyen 2 Enggang Seri Begonia Blok F5 – F8 Puchong Permai Blok F9 – F10 Puchong Permai Sri Pulai Angsana Blok A Angsana Blok B Angsana Blok C Angsana Blok D Angsana Blok E Angsana Blok F Angsana Blok G Angsana Blok H Pangsapuri Anggerik Putra Permai 1A Putra Permai 1B (Bakawali) Pangsapuri Ruselia BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH 4. MPAJ (29 kawasan)
700 Pandan Perdana Taman Ampang Mewah Blok A Taman Industri Lembah Jaya Sri Intan Al-Ridhuan 610, Jalan Pandan Indah Nusa Kurnia Merpati A Merpati B Desa Lembah Permai Mega Indah Taman Ampang Mewah Blok A & B Pandan Ria Pangsapuri Cemara 1 & 2 Pangsapuri Mesra Ria Pangsapuri Kenanga Pangsapuri Meranti Pandan Cahaya Pangsapuri Sri Nilam Pangsapuri Sunrise Blok Kemboja, Jalan Wawasan 3 Blok Tanjung Merdeka Villa Blok C Mutiara Tmn Sri Merdeka Blok B, Jed Tmn Sri Merdeka Blok A Delima, Tmn Sri Merdeka Pangsapuri Bukit Baru Lenbah Maju Blok Meranti Taman Cheras Hartamas Blok A1 – A7, Taman Bukit Segar Fasa 1 5. MPKj (11 kawasan)
Taman Tasik Sungai Chua Blok A, Taman Sri Kenari Blok Indah, Taman Taming Indah Fasa 1F Bandar Damai Perdana Seri Mesra Taman Asa Jaya Sri Murni, Taman Pinggiran Sg. Long Blok A, Taman Desa Wangsa Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Alam Jaya Pangsapuri Suteramas Bandar Damai Perdana Fasa 1F1 BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH 6. MPK (35 kawasan) Blok Mawar Blok Cempaka Mutiara Fasa 2 Bukit Raja Taman Permai Indah Blok A Taman Permai Indah Blok B Taman Permai Indah Blok C Taman Permai Indah Blok D Pangsapuri Blok A , BBT 1 Pangsapuri Blok B , BBT 1 Pangsapuri Blok C , BBT 1 Pangsapuri Blok D , BBT 1 Pangsapuri Blok E , BBT 1 Pangsapuri Blok F , BBT 1 Pangsapuri Blok G , BBT 1 Pangsapuri Blok H, BBT 1 Pangsapuri Blok J , BBT 1 Pangsapuri Blok K , BBT 1 Pangsapuri Blok A, BBT 2 Pangsapuri Blok B, BBT 2 Pangsapuri Blok C, BBT 2 Pangsapuri Blok D, BBT 2 Pangsapuri Blok E, BBT 2 Pangsapuri Blok F, BBT 2 Pangsapuri Blok G, BBT 2 Pangsapuri Blok H, BBT 2 Pangsapuri Blok I, BBT 2 Pangsapuri Blok J, BBT 2 Pangsapuri Blok K, BBT 2 Pangsapuri Blok L, BBT 2 Pangsapuri Blok M, BBT 2 Pangsapuri Blok N, BBT 2 Pangsapuri Blok O, BBT 2 Pangsapuri Blok P, BBT 2 Apartment Sri Angkasa Blok J Pangsapuri Taman Raja Uda 7. MPS (16 kawasan) Batai Sri Laman Blok A, Laksamana Jaya Kenanga, Taman Gombak Permai Cempaka, Taman Gombak Permai Delima, Taman Tun Teja Kenanga, Taman Tun Teja Dahlia, Taman Tun Teja Cempaka, Taman Tun Teja Blok A, Danau Rebung BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH Blok B, Danau Rebung Amaniah Saujana Ria Apartment Blok A & B, Jln PS 1 Prima Selayang Blok C & D, Jln PS 1 Prima Selayang Pangsapuri Selayang Sejati 8. MPSp (1 kawasan)
Cengal 9. MDKL (3 kawasan)
Taman Dato’ Hormat Carnation D’Menara Blok G & H, Taman Langat Utama 10. MDHS (1 kawasan)
Pangsapuri Seri Kiambang -
Apakah mekanisme pemberian kupon tersebut kerana wujud dakwaan penduduk yang tidak pernah menerimanya ?
Ya, mekanisme pemberian rebet air percuma melalui kupon adalah wujud dan dilaksanakan bermula bulan Jun 2010 sehingga bulan Jun 2011. Walau bagaimanapun, bermula bulan Julai 2011 mekanisme kupon telah dimansuhkan untuk memudahkan pengurusan pengagihan rebet air percuma dan digantikan dengan laporan inventori tuntutan penduduk yang kemudiannya diringkaskan kepada laporan inventori bilangan unit diduduki dan tidak diduduki bagi setiap kawasan pemajuan terlibat sebagai rekod. Mekanisme yang telah ditambahbaik ini dijangka dapat meningkatkan prestasi kawasan pangsapuri kos rendah untuk membuat tuntutan sehingga tahap 100% dan dipanjangkan kepada pangsapuri bukan kos rendah. Namun begitu, Kerajaan Negeri memutuskan supaya semua pangsapuri yang menggunakan meter air pukal melaksanakan migrasi meter air individu bagi memastikan pengagihan rebet air percuma dapat dibuat secara automatik.