Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

150) SUBJEK SPM 2022 SINERGI BAHASA DAN PENGUASAAN SAINS

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dari sekolah sepuluh terbaik, apakah faktor-faktor sinergi bahasa dengan penguasaan sains?

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa komited terhadap pencapaian dan kemenjadian murid sekolah. Kemenjadian dan pencapaian secara individu amat ditekankan dan tidak dibuat perbandingan antara individu, mata pelajaran mau pun sekolah. Merujuk kenyataan daripada Datuk Dr. Radzi bin Md. Jidin, Menteri Kanan Pendidikan bertarikh 22 Jun 2022, Kementerian Pendidikan (KpM) tidak pernah mengeluarkan kedudukan (“ranking”) mengukur prestasi atau membuat perbandingan antara sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (sPM)2021. Maka, tiada jawapan yang spesifik pada soalan yang dinyatakan di atas. Sekian.

  2. Apakah sinergi dan perkaitan bahasa dengan pencapaian subjek-subjek lain yang mendapat A+?

    Jawapan adalah sama seperti di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.