Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

20) SUASANA SELAMAT SELESA UNTUK PELABUR ASING MELABUR DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan menyediakan suasana selamat, selesa untuk para pelabur asing melabur di Selangor?

    Melalui konsep mesra pelabur yang diamalkan, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan prasarana pelaburan yang kondusif kepada para pelabur yang melabur di Selangor. Para pelabur yang beroperasi di Negeri sentiasa disantuni melalui program – program lawatan kilang yang dilaksanakan oleh pihak Invest Selangor dan agensi – agensi teknikal yang berkenaan.

    Objektif bagi program lawatan ini bagi mewujudkan hubungan erat antara pihak Kerajaan Negeri dengan para pelabur yang beroperasi di Selangor. Selain itu, pihak Kerajaan Negeri juga dapat meninjau permasalahan yang dihadapi oleh para pelabur dan membantu untuk menyelesaikannya.

    Bagi menyediakan kawasan perindustrian yang lebih selesa, selamat dan lebih terurus, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mewujudkan Industrial Park Management Committee (IPMC) yang bertindak bagi membincangkan dan menyelesaikan isu – isu penyelenggaraan kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pihak pelabur.

    Dalam perancangan untuk mewujudkan kawasan perindustrian yang lebih kondusif dan terurus dimasa hadapan, Kerajaan Negeri telah meluluskan Cadangan Pembangunan Kawasan Perindustrian Berkonsepkan ‘Manage Industrial Park’ di Negeri Selangor. Melalui cadangan konsep pengurusan kawasan industri ini, pihak pemaju kawasan perindustrian bukan sahaja akan membangunkan kawasan tersebut, tetapi pemaju juga akan mewujudkan Industrial Park Manager bagi mengurus senggara kawasan perindustrian tersebut.

    Objektif utama bagi cadangan pembangunan kawasan perindustrian berkonsepkan “Managed Industrial Park” ini adalah seperti berikut;-

     

    1. Menangani isu – isu penyelenggaraan kawasan perindustrian;
    2. Menyediakan lokasi pelaburan yang lebih kondusif dengan kemudahan infra serta persekitaran yang baik;
    • Mempromosikan serta    menggalakkan   pembangunan  di   kawasan   – kawasan perindustrian luar bandar; dan
    • Mengurangkan beban dan tanggungan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelenggara kawasan – kawasan

     

    Selain itu, cadangan pembangunan kawasan perindustrian berkonsepkan “Managed Industrial Park” ini adalah sebagai langkah untuk penjenamaan semula kawasan-kawasan perindustrian baru yang akan dibangunkan bagi meningkatkan prestasi pelaburan di negeri Selangor.

     

  2. Sila menyatakan faktor-faktor utama Selangor menjadi daya tarikan utama, pilihan pertama para pelabur asing?

    Antara faktor – faktor utama Selangor menjadi daya tarikan utama, pilihan para pelabur asing seperti berikut;-

    • Faktor kestabilan politik – polisi pelabur yang
    • Kebanyakan pekerja tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris memudahkan komunikasi dengan pihak
    • Polisi pelaburan yang mesra pelabur
    • Kemudahan infrastruktur
    • Keselamatan
    • Persekitaran kediaman yang selesa dan kemudahan pembelajaran bagi anak-anak
  3. Sila menyatakan apakah prestasi cemerlang yang telah dicapai sepanjang Tahun 2017.

    Antara prestasi cemerlang yang dicapai sepanjang tahun 2017 yang melibatkan sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan adalah seperti berikut;-

    1. Statistik Pelaburan

    Berdasarkan statistik projek – projek perkilangan yang diluluskan oleh Lembaga Penggalakkan Pelaburan Malaysia (MIDA), bagi tempoh Januari hingga Disember 2017, Negeri Selangor telah mendahului negeri-negeri lain

    dari segi bilangan projek perkilangan yang telah diluluskan, dimana sejumlah 202 projek perkilangan, dengan nilai pelaburan bernilai RM 5.592 bilion telah diluluskan. Dari jumlah ini sebanyak RM 3.428 bilion adalah daripada pelaburan tempatan (DDI) dan sebanyak RM 2.164 bilion daripada pelaburan asing (FDI). Sebanyak 10,031 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada projek-projek perkilangan yang telah diluluskan di Negeri Selangor.

    Daripada 202 projek yang diluluskan, sebanyak 104 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.566 bilion dan sebanyak 98 merupakan projek pengembangan pelaburan atau penambahan pelaburan bernilai RM 3.027 bilion.

    Statistik pelaburan ini menunjukkan para pelabur selesa dan yakin dengan dasar pentadbiran Negeri untuk mereka terus melabur dan membuat penambahan pelaburan di Negeri Selangor.

    Selaras dengan trend sektor perindustrian di peringkat global yang sedang beralih kepada Industri 4.0, Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada 5 sektor industri utama iaitu;-

     

    • Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics)
    • Peralatan Pengangkutan / (Transport Equipments)
    • Sains Hayat / (Life Sciences)
    • Makanan dan Minuman / (Food & Beverages Industries)
    • Mesin dan Peralatan / (Machinery & Equipments)

    Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang di negeri Selangor seperti;-

    • E – Commerce
    • Bio – Teknologi
    • Aero – Angkasa
    • Industri Halal

    Industri-industri ini semakin berkembang dan mendapat tempat selari dengan arus perkembangan ekonomi dunia yang kini lebih menjurus kepada perniagaan secara e-dagang, sains dan teknologi bio serta aero angkasa.

     

    1. 1st Selangor International Business Summit 2017

    Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Selangor International Business Summit 2017 (SIBS) pada 7 hingga 17 September 2017 yang lalu. Sidang kemuncak yang berlangsung selama 10 hari ini telah dibahagikan kepada tiga segmen utama dan berjaya menarik minat lebih 22,071 orang pengunjung dan 3,500 peserta seminar yang terdiri dari dalam dan luar negara. 691 penyertaan ruang pameran telah diisi oleh syarikat dan organisasi dari Malaysia, ASEAN, China, Jepun, Rantau Timur Tengah, Benua Afrika, Eropah dan Amerika Utara.

    Persidangan pula mencatat kejayaan untuk mengangkat Selangor sebagai launching pad bagi memajukan keusahawanan ASEAN, manakala, Expo Antarabangsa telah berjaya menjana potensi nilai transaksi sebanyak RM

    204.2 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.