Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

47) STRUKTUR GERAI MPK ATAS LONGKANG DI JALAN MERU OFF JALAN MERANTI DI PEKAN MERU

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah MPK berhasrat untuk meroboh gerai MPK di Pekan Meru dan memindahkan semua peniaga ini ke tapak lain bagi tujuan menyusun semula peniaga kecil di Pekan Meru dan pengindahan Pekan Meru?

    Setakat ini tiada perancangan untuk perobohan gerai dan pemindahan semua penyewa. Walaubagaimanapun Majlis akan menyelaraskan gerai-gerai tersebut sekiranya terdapat cadangan pelebaran jalan oleh Jabatan Kerja Raya.

    Untuk makluman juga, terdapat juga pelbagai jenis perniagaan di kawasan gerai tersebut diantaranya:

    1. Gerai makan sebanyak 10 unit
    2. Gerai buah sebanyak 5 unit
    3. Gerai pelbagai sebanyak 2 unit

    Jumlah keseluruhan gerai ialah sebanyak 17 unit

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.