Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
206) STRUKTUR BINAAN LUAR PREMIS (PEPULAU)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan premis yang dikenalpasti telah membina pepulau di atas tanah kerajaan bagi tujuan perniagaan?
Berikut adalah beberapa PBT yang telah dikenal pasti membina pepulau di atas tanah kerajaan bagi tujuan perniagaan :
PBT Bilangan Premis Yang Membina Pepulau Untuk Tujuan Perniagaan MBSA 23 MBPJ TIADA MAKLUMBALAS MPK 605 MPAJ 80 MPSJ TIADA MPS TIADA MAKLUMBALAS MPKJ MPSP 3 MDKL TIADA MDHS 10 MDKS TIADA MDSB TIADA JUMLAH KESELURUHAN 721 -
Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat ini?
PBT telah mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang didapati melakukan kesalahan dengan pengeluaran Notis di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) seperti berikut:
i) Seksyen 70(1)
‘Tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapt kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan’
Tempoh Notis 14 hari
ii) Seksyen 72(1)(b)
‘…jika bangunan telah didirikan bersalahan dengan mana-mana undang- undang yang berkuatkuasa pada masa itu berhubung dengan bangunan- bangunan dan kelulusan bangunan tidak diberi kemudiannya, pihak berkuasa tempatan boleh mengkehendaki pemunya tanah untuk meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan.’
Tempoh Notis 14 hari
iii) Seksyen 72(6)
Mengosongkan bangunan dalam tempoh tiga puluh hari (30) dari tarikh Notis dikeluarkan untuk kerja-kerja perobohan
Tempoh Notis 30 hari
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang terlibat dengan taklimat penerangan berkaitan larangan pembinaan pepulau ini?
Setakat ini tiada taklimat khusus diadakan kepada pemilik-pemilik premis kedai pejabat namun PBT telah mengambil pendekatan dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berperingkat ke kawasan-kawasan komersial dengan pengeluaran Notis-Notis Amaran. Purata tempoh masa yang diberikan kepada pemilik premis untuk mematuhi arahan PBT adalah selama 58 hari. Tempoh yang diberikan adalah cukup lama untuk pemilik untuk melaksanakan sendiri tindakan meroboh