Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
27) STRATEGI PEMBANGUNAN PERUMAHAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pecahan projek pembangunan perumahan mewah dan mampu milik di Selangor untuk 25 tahun akan datang serta pelan tindakan Kerajaan Negeri demi memastikan keseimbangan dalam memenuhi kesemua kategori keperluan perumahan.
Perancangan pembangunan perumahan Negeri Selangor adalah berpandukan kepada dasar yang telah ditetapkan iaitu Dasar Rumah Selangorku. Melalui Dasar Rumah Selangorku nisbah pecahan pembangunan perumahan antara rumah harga bebas (mewah) dengan rumah mampu milik (Rumah Selangor) adalah ditentukan berdasarkan Zon 1, Zon 2 ataupun Zon 3 dan juga keluasan pembangunan perumahan yang akan dibangunkan. Ratio pembangunan antara Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangor) dengan Perumahan Harga Bebas yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri adalah di antara nisbah 20:80 (20% harga mampu milik dan 80% harga bebas) sehinggalah nisbah 50:50 (50% harga mampu milik dan 50% harga bebas). Penyediaan rumah mampu milik ini telah ditetapkan harga jualannya pada harga RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit berdasarkan saiz keluasan lantai dan jenis rumah.
Kerajaan Negeri ketika ini tiada Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJK) sehingga 25 tahun. Walau bagaimanapun, matlamat untuk menyediakan sekurang-kurangnya 35,000 unit Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) dari tahun 2013 sehingga tahun 2018 melalui perancangan pembangunan 5 tahun berada di landasan yang terbaik. Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semasa ucapan Belanjawan 2015 telah mensasarkan sebanyak 15,000 unit Rumah Selangorku akan dibina bermula tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua (2) hingga tiga (3) tahun akan datang.