Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
203) STRATEGI MEMPROMOSIKAN PELANCONGAN TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi untuk mempromosikan pelancongan tempatan terutamanya bekerjasama dengan pihak ADN?
Tourism Selangor sememangnya memainkan peranan di dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan dan turut bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ADN.
Antara strategi di dalam mempromosikan pelancongan tempatan adalah:
- Mempergiatkan kempen domestik “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!” di setiap siri dan program promosi pelancongan yang dianjurkan atau disertai oleh Tourism Selangor.
- Penganjuran program,acara atau pameran pelancongan oleh Tourism Selangor di kawasan atau produk pelancongan di PBT atau ADN di dalam mewujudkan kesedaran terhadap produk-produk yang baru yang terdapat di daerah-daerah negeri Selangor.
- Tourism Selangor bekerjasama dengan PBT/ADN dengan membawa mereka sebagai delegasi negeri Selangor ke siri promosi luar negara, seperti contoh ITB Berlin dan Arabian Travel Market, Dubai.
- Mengadakan lawatan FAM Trip kepada agensi pelancongan , pihak media ke produk-produk pelancongan di daerah-daerah di negeri Selangor yang mempunyai potensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan
- Penganjuran acara-acara pelancongan berbentuk komuniti seperti “Community Based Tourism” yang dianjurkan di beberapa kawasan berpotensi diangkt menjadi kwasan pelancongan
- Program lawatan teknikal, yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor secara berkala ke tempat-tempat pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan bersama agensi-agensi lain yang berkaitan seprti PBT, UPEN dan MOTAC.