Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
1) STRATEGI KERAJAAN NEGERI DALAM MENINGKATKAN HASIL NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha dan strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil negeri yang signifikan pada masa hadapan?
Hasil Kerajaan Negeri bergantung sepenuhnya kepada sumber hasil tanah seperti cukai tanah, premium, permit tanah dan galian dan bayaran perkhidmatan berkaitan tanah yang merupakan penyumbang utama sebanyak 80% daripada hasil keseluruhan. Manakala hasil cukai tanah pula menyumbang sebanyak 24% daripada keseluruhan hasil.
Oleh yang demikian, bagi meningkatkan pendapatan Negeri selain daripada cukai, Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Hasil Negeri yang dianggotai oleh Jabatan Pemungut Hasil dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji hasil-hasil baharu dan juga mengenal pasti usaha meningkatkan hasil yang sepatutnya diperolehi.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang merangka kaedah dan strategi dengan pelbagai agensi dan anak syarikat yang terlibat untuk bersama-sama menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri. Selain daripada itu, semakan semula kadar dan fi yang dikenakan dalam urusan perkhidmatan akan disemak semula berdasarkan kesesuian dan keadaan semasa.