Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

222) STRATEGI KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN TARIKAN PELANCONG DI BAGAN SUNGAI BURONG DAN USAHA MEMELIHARA KEBERSIHAN PANTAI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan strategi kerajaan bagi menjadikan Bagan Sungai Burong di DUN Sabak akan menambah tarikan pelancong dalam dan luar?

    MDSB telah mencadangkan dalam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025 semua kawasan pantai di sepanjang perairan Sabak Bernam termasuk Bagan sungai Burong dipelihara dan dinaiktaraf kemudahan infrastruktur termasuk jalan keluar masuk, landskap, penanaman pokok habitat supaya terjaga ekosistem dan dalam masa yang sama menjadi tarikan pelancong.

  2. Adakah kerajaan bersedia untuk melantik pengawal pantai bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa terpelihara?

    Pada masa ini, tiada {antikan pengawal pantai yang dilaksanakan dan akan dibincangkan lebih lanjut bersama pihak berwajib seperti ADUN kawasan, penghulu dan ketua kampung. Cadangan ini memerlukan perincian kos bagi melantik pegawai tersebut. Jika mendapat peruntukan yang bersesuaian mungkin boleh diusahakan dan dirancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.