Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
314) STRATA TITLE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai pindahmilik strata pada individu?
Untuk makluman Yang Berhormat Dengkil, mulai tahun 2010, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah memperkenalkan Pindahmilik Tanah 1 Hari (PMT 1 Hari). Pentadbiran Kerajaan Negeri menyambut baik amalan baik (best practice) dan telah mewujudkan tata kelola yang menyokong kepada pasaran hartanah dan membantu pertumbuhan ekonomi negeri.
-
Apakah statistik untuk rumah - rumah yang terlibat dan juga tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan isu ini secara khususnya di DUN Dengkil?
Pendaftaran pindahmilik boleh diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja (One Piece Flow) sekiranya semua dokumen berkaitan adalah lengkap dan sempurna untuk didaftarkan berdasarkan seksyen 215 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965). Berikut adalah jumlah Hakmilik Strata di Dengkil sehingga 2023 bagi Mukim Dengkil dan Pekan Dengkil Daerah Sepang.
JUMLAH HAKMILIK STRATA DI DENGKIL
SEHINGGA 2023
MUKIM/PEKAN JUMLAH PETAK
JUMLAH SKIM
MUKIM DENGKIL (01) 13,412
328
PEKAN DENGKIL (70) 209
9
JUMLAH
13,621 337