Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

102) STICKER KERETA OKU

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana pengeluaran sticker ini dikawalatur oleh Kerajaan Selangor, JKM dan PBT?

    Untuk makluman Yang Berhormat Banting, pengeluaran sticker kenderaan OKU dikawal atur oleh Kerajaan Selangor melalui penyeragaman borang permohonan dan syarat-syarat penggunaan pelekat letak kenderaan OKU selaras dengan dasar yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri pada tahun 2009. Penggunaan sticker OKU ini walaupun dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tertentu, boleh digunakan di seluruh negeri Selangor kerana telah diselaraskan dan diseragamkan untuk penggunaan seluruh Selangor.

    Pengeluaran sticker kenderaan OKU di Selangor adalah melalui permohonan yang perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengisi lengkap borang yang telah disediakan oleh PBT. Borang tersebut hendaklah dikembalikan bersama sesalinan lesen memandu dan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pelekat Kenderaan OKU akan dikeluarkan setelah semua borang permohonan dan dokumen sokongan lengkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.