Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

44) STESEN KOMUTER DI HULU SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kelulusan permohonan yang diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mengutip bayaran parkir di Stesen Komuter Serendah dan Stesen Komuter Batang Kali secara terperinci.

    Kelulusan dikeluarkan kepada Operasi Jitu Sdn Bhd dengan kadar yang diluluskan seperti berikut :-

    1. Kereta – RM30.00 sebulan (pas bulanan)
    2. Kereta – RM3.00 sehari
    3. Motorsikal – percuma
  2. Nyatakan tindakan MDHS terhadap KTMB yang tidak mematuhi syarat atau kadar yang ditetapkan seperti dalam kelulusan parkir berbayar swasta di Stesen Komuter Serendah dan Stesyen Komuter Batang Kali.

    Pihak Jabatan Pelesenan mendapati berlaku pelanggaran syarat iaitu mengenakan bayaran melebihi daripada kadar yang diluluskan oleh pihak MDHS. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan.

     

  3. Nyatakan cukai taksiran semasa dan tunggakan stesen-stesen komuter di Hulu Selangor secara terperinci.

    Cukai taksiran semasa dan tunggakan stesen-stesen komuter di Hulu Selangor secara terperinci adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.