Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

150) STESEN BAS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah saya mohon Kerajaan Negeri untuk membina stesen bas bagi membantu penduduk mendapatkan khidmat pengangkutan bas lebih selesa dan jimat?

    Bagi kemudahan stesen bas, pihak pemaju Hill Park ada cadangan untuk membina stesen bas di kawasan Pusat Perdagangan Hillpark. Pihak Majlis akan buat susulan dengan pihak pemaju berkenaan cadangan stesen bas tersebut. Buat masa sekarang pihak Majlis Daerah Kuala Selangor ada menyediakan dua belas buah pondok bas di kawasan Puncak Alam dan lapan buah di Saujana Utama.

  2. Apakah syarat dan faktor untuk Yang Berhormat ADUN mendapatkan pembinaan sebuah stesen bas bagi menyelesaikan masalah penduduk yang memerlukan perkhidmatan tersebut?

    Syarat dan faktor untuk mendapatkan pembinaan sebuah stesen bas perlu merujuk kepada cadangan pelan induk yang telah diluluskan berserta dengan sumber kewangan atau peruntukan untuk pembinaan stesen bas. Pada tahun hadapan pihak Majlis Daerah Kuala Selangor juga ada cadangan untuk menambah bilangan pondok bas termasuk di kawasan DUN Jeram untuk memberi kemudahan pengguna bas awam.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.