Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

124) Status Yayasan Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pendapatan hasil jualan 77 aset milik Yayasan Selangor yang ditawarkan untuk dijual?

    Anggaran nilai pendapatan hasil penjualan 87 aset berkenaan adalah berjumlah RM59.1 juta yang ditetapkan berdasarkan harga pasaran semasa.

  2. Adakah Yayasan Selangor terlibat dengan sebarang usahasama dengan mana-mana syarikat swasta?

    Ya. Pihak Yayasan Selangor (YS) terlibat dengan pembangunan secara usahasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri dan juga syarikat swasta.

  3. Jika ada sila nyatakan nama syarikat dan bentuk usahasama yang dibuat.

    Pembangunan secara usahasama (Join Venture) antara pihak YS dengan syarikat adalah seperti berikut:-

    1. Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) untuk pembangunan rumah kediaman dua tingkat di Kundang.
    2. Midland River Front Sdn Bhd untuk pembangunan ibu pejabat YS dan hotel di atas tanah PT 7 Seksyen 14, Shah Alam.
    3. Lanai Idaman Property Sdn Bhd untuk pembangunan semula bangunan YS Bukit Bintang.
    4. Knowledge Builder Sdn Bhd untuk pembangunan bercampur di atas tanah Kampung Pandan.
    5. TALEEM (M) Sdn Bhd untuk pembangunan semula tanah Rimba Templer sebagai Sekolah Antarabangsa berteraskan Islam.
    6. Agro Segar, usahasama bagi pengusahaan ladang kelapa sawit di Pulau Carey.

Lampiran

Tiada Lampiran.