Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
243) STATUS TINDAKAN BAGI CADANGAN UNTUK MEMBINA MASJID DI ATAS TANAH MILIK KERAJAAN DI KG. SUNGAI TANGKAS KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Setakat manakah tindakan bagi cadangan untuk membina masjid di atas tanah milik kerajaan (yang asalnya berstatus ‘tanah kuari' -bersebelahan stesen Komuter UKM) di Kg. Sungai Tangkas Kajang?
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengenalpasti bahawa surau yang telah diberi kebenaran untuk Solat Jumaat di kawasan Sg Tangkas telah tidak dapat menampung jemaah untuk mendirikan Solat Fardhu Jumaat disebabkan masalah kepadatan penduduk dan masalah setinggan di kawasan tersebut. Oleh itu, pembinaan masjid di atas telah menepati keperluan merit bagi cadangan pembinaan masjid yang akan disyorkan untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK–13) / Rancangan Selangor Ke 2 (RS-2).