Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

272) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran?

    Berikut merupakan status tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran:-

    Perkara ini telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap (Standco) Kehidupan Bandar Negeri Selangor 3/2014 bertarikh 27hb Oktober 2014. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Standco Kehidupan Bandar, adalah seperti berikut:

     

    • Seramai 181 penama setinggan Jalan Papan yang wajar ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.
    • Seramai 7 penama setinggan Jalan Bukit Kerayong dipertimbangkan untuk ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.
    • Sejumlah 35 keluarga yang masih mempunyai struktur di tapak (Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong) di tawarkan rumah kos sederhana dengan harga
    • Senarai nama ini akan diperakukan dalam Mesyuarat Exco-MTES.

     

    1. MPK telah menerima suratdaripada Lembaga Perumahan Harta Selangor pada 20.01.2015beserta senarai 181 penama peneroka bandar di Jalan Papan yang telah dibanci dan diperakui oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Standco) Perumahan, PengurusanBangunan dan Kehidupan Bandar Negeri

     

    • Senarainama tersebut telah dikemukakan kepada pemaju iaitu Tetuan Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. pada 30 Januari 2015 untuk pengesahan perakuan 181 penama peneroka bandar dan prosestawaran pembelian rumah mengikut harga seperti yang ditetapkan oleh MMKN BIL. 25/2011 bertarikh 20 Julai

     

    1. Pada masa yang sama, pihak Majlis sedang menyediakan kertas ringkasan bagi memperakukan 181 penama peneroka bandar yang layak ditawarkan untuk dibentang kepada Mesyuarat Exco-MTES.

    Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah menerima maklumbalas daripada pihak pemaju Tetuan Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. pada 18 Mac 2015, memaklumkan tidak bersetuju dengan senarai bancian semula setinggan Jalan Papan kerana jumlah keluarga induk yang berbeza dengan bancian asal tahun

     

    1. Sekiranya pemaju menolak senarai 181 penama, maka perkaraini akan dirujuk semula kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Standco) Perumahan, Pengurusan Bangunandan Kehidupan Bandar bagi mengambil tindakan dan membuat keputusan

     

    • Disertakan maklumat tambahan mengenai kronologi perkara

     

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri sekiranya pihak Pemaju menolak senarai 181 penama penghuni Jalan Papan yang wajar menerima tawaran seperti diputuskan oleh Kerajaan Negeri?

    Sekiranya pemaju menolak senarai 181 penama, maka perkaraini akan dirujuk semula kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Standco) Perumahan, Pengurusan Bangunandan Kehidupan Bandar bagi mengambil tindakan dan membuat keputusan

    Disertakan maklumat tambahan mengenai kronologi perkara

    LAPORAN RINGKAS DAN KRONOLOGI DATA BANCIAN PENDUDUK SETINGGAN SEDIA ADA DI JALAN PAPAN, PANDAMARAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR

     

    • LATAR BELAKANG
    • Bancian setinggan di kawasan Jalan Papan telah dilakukan pada tahun 2000 semasa Program Setinggan Sifar Negeri Selangor Tahun 2000. Jumlah setinggan yang direkodkan di kawasan Pandamaranadalah sebanyak 787 unit melibatkan 1,240 keluarga. Dianggarkan sebanyak 230 unit rumah masih di tapak khususnya di petempatan Jalan Kaedah penyelesaian setinggan di petempatan ini pada masa yang lepas adalah melalui dasar seperti berikut:
      1. Penduduk ditawarkan untuk membeli rumah pangsa kos rendah yang dimajukan oleh TPPT Sdn Bhd dengan harga RM35,000.00 (RM7,000.00 ditanggung oleh pemaju).
      2. Memberi subsidi sebanyak RM7,000.00 kepada yang enggan menerima tawaran membeli rumah kos
    • Membuat perobohan keatas penduduk yang enggan menerima apa-apa tawaran setelah notis

     

    • Pada tahun 1995, Kerajaan Negeri telah memberimilikan tanah bagi keseluruhan kawasan tanah kerajaan di Pandamaran termasuk kawasan petempatan di Jalan Papan seluas 228,300 m/p (Lot no. 83965 Seksyen 3) kepada Syarikat TPPT Bhd (anak syarikat Bank Negara) bagi tujuan pembangunan semula kawasan untuk pembinaan Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah. Pelan cadangan pemajuan kawasan ini telah di bincangkan di peringkat MPK dan Negeri. Kelulusan dasar telah diberi pada tahun 1996.
    • Bantahan Penduduk : Apabila Majlis mula membuat tawaran rumah kos rendah kepada penduduk Jalan Papan pada awal tahun 2003, Jawatankuasa Penduduk Jalan Papan telah mengemukakan permintaan dan syarat untuk pertimbangan kerajaan
    • Dasar Kerajaan Negeri ketika itu telah menetapkan penduduk yang dibanci, sama ada penyewa atau pemilik rumah adalah mereka yang layak mendapat rumah kos rendah dengan harga subsidi. Permintaan penduduk telah dibawa ke peringkat Negeri dan telah memutuskan untuk mempertimbangkan permintaan tersebut melalui keputusan MMKN pada 19 Oktober

    2.0PERBINCANGAN DENGAN KERAJAAN NEGERI

    • Pada April 2008 pihak Kerajaan Negeri melalui ADUN Kawasan meminta pihak MPK menarik balik notis roboh yang telah dikeluarkan kepada penduduk dan pendudukmenarikbalik saman kepada MPK melalui penyelesaian di luar Mahkamah. Atas nasihat perundangan, Majlis tidak dapat menarik balik kes kerana saman dibuat oleh pihak setinggan dan pihak setinggan seharusnya memohon untuk menarik balik kes di
    • Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan MPK Bil. 1/2008 pada 2.6.2008 yang dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar memutuskan cadangan penarikan kes di Mahkamah perlu mendapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang Peguam yang mewakili setinggan iaitu Tetuan Chan Wong Keong andAssociates memberitahu bahawa pihak MPK telah menggunakan Ordinan (Kuasa-kuasa) Dharurat 1969 dimana kes ini melibatkan hak-hak kemanusiaan.
    • Pada 28.11.2008 satu perjumpaan telah diadakan antara Y.B Tuan RonnieLiu dengan penduduk dan pemaju di Dewan Pandamaran telah meminta penduduk menerima tawaran untuk membeli rumah teres bawah harga RM100,000.00 bagi membolehkan kawasan Jalan Papan dibangunkan dan meningkatkan kemudahan
    • Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan MPK Bil. 2/2008 telah diadakan pada 8.8.2008 yang dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar memutuskan kes saman oleh setinggan Jalan Papan perlu diteruskan jika tiada pihak menarik balik
    • Pada 6.11.2009 satu mesyuarat telah diadakan bersama Y.B Tuan CharlesSantiago (Ahli Parlimen Klang) dengan penduduk yang di pengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Y.B Tuan Iskandar memaklumkan bahawa tanah Jalan Papan telah diberimilik kepada TPPT Bhd dan premium tanah telah dibayar oleh pemaju kepada Kerajaan negeri. Adalah amat sukar untuk kerajaan negeri membayar semula kepada pemaju sekiranya penduduk meminta tanah diberi semula kepada Juga dibangkitkan kesan kepada penduduk setinggan yang telah berpindah dan mengambil pampasan sekiranya kerajaan negeri memberi balik tanah kepada penduduk.
    • Pada 3.12.09 satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar diadakan di LPHS dan memutuskan supaya pemaju memberi tawaran yang lebih baik kepada penduduk termasuk menyediakan rumah secara percuma atau menyediakan lot rumah sesebuah untuk dijual. Walau bagaimanapun cadangan ini tidak mendapat maklumbalasdari pemaju.
    • Pada 20.6.2011, satu sesi perbincangan yang dipengerusikan Y.B Tuan Iskandar dan dihadiri Y.B Tuan CharlesSantiago ( Ahli Parlimen Klang ), MPK, pemaju, Persatuan Penduduk dan Persatuan Peneroka Jalan Papan telah mencapai satu keputusan seperti berikut:

     

    1. Pemaju bersetuju membina rumah teres (2 tingkat) berukuran 20’x70’ dengan ruang binaan/ binaan berukuran 20’x35’ dengan harga RM99,000.00.
    2. Penduduk mencadangkan 2 opsyen seperti berikut:

     

    • Jika ruang binaan rumah berukuran 20’x 35’ maka penduduk meminta harga rumah dikurangkan kepada RM50,000.00, atau
    • Saiz ruang binaan / lantai dipinda dari 20’x 35’ kepada 20’x 45’ dan harga tawaran pemaju
    • Berikutan pembatalan saman oleh penduduk setinggan keatas MPK dan sesi perbincangan pada 20.6.2011 hasil usaha Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Negeri Selangor telah menampakkan isu setinggan Jalan Papanmenghampiri penghujungnya dan memperlihatkan satu perkembangan yang positif setelah hampir 10 tahun berlarutan tanpa sebarang

    3.0 KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (MMKN).

    • Satu kertas kerja telah dibentang kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bil. 25/2011 pada 20.7.2011 dan telah membuat ketetapan seperti berikut :

     

    1. Pemaju Tetuan Melati Ehsan Bhd. telah bersetuju membina rumah teres dengan keluasan tanah 1,400 kaki persegi (20’ x 70’) dengan build-uparea 20’ x 35’ (dua tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air) pada harga RM 99,000.00;
    2. Setinggan ditawarkan membeli rumah pada harga RM 99,000.00. Walau bagaimanapun, sekiranya setinggan enggan membeli pada harga tersebut pemaju bersetuju underwriteuntuk membeli pada harga RM 170,000.00. Perbezaan antara harga jualan semasa iaitu RM 170,000.00 dan harga RM 99,000.00 berjumlah RM 71, 000.00 akan dibayar kepada setinggan apabila CCC atau CF diperolehi;
    3. Keluarga tambahan yang layak akan ditawarkan rumah pada harga jualan RM 141,000 (RM 99,000 + RM 42,000) sekiranya ada lebihan unit ;
    4. Bilangan unit rumah teres yang akan dibina oleh pemaju adalah sebanyak 116 unit ; dan
    5. Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta mempamerkan senarai nama bancian asal dalam tempoh 3 minggu untuk membolehkan bantahan dibuat sekiranya

    4.0 TINDAKAN SEMASA MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK).

    • Program penandaan dan semakan data senarai setinggan Jalan Papan telah diadakan pada 14 Jun 2014 dan data bancian berdasarkan kepada kategori seperti berikut:
      1. Kategori A (keluarga Induk yang tersenarai dalam data bancian 2002 dan 2012)
      2. Kategori B (keluarga induk yang perlu dibuat semakan semula data bancian)
      3. Kategori Senarai baru (keluarga tambahan mohon disenaraikan sebagai keluarga induk dan penama baru mohon dibanci)
      4. Kategori D (Rayuan bertulis yang diterima di jabatan)

     

    • Analisa penandaan dan semakan data senarai setinggan Jalan Papan telah diadakan pada 14 Jun 2014 dan data bancian adalah seperti berikut:-
    PERKARA JUMLAH
    Kategori A

     

    Keluarga induk yang tersenarai dalam data bancian 2000 & 2012 tidak mengambil pampasan / subsidi

     

    Jumlah keseluruhan data = 63 penama.

     

    Kategori B  
    Keluarga induk yang tersenarai 2012 – Semakan semula data

    Nota :

    Jumlah keseluruhan data = 140 penama 30 penama tidak layak diberi pertimbangan.
    Jumlah keseluruhan data = 140 – 30 27 subsidi tawaran RKR.
      2    penama rumah. bangunan selain
      1 penama menuntut 2 rumah.
    Kategori C  
    Keluarga tambahan yang tersenarai 2012/tanah kosong (rumah terbakar) mohon disenaraikan Jumlah keseluruhan data = 9 penama 5 berada dalam bancian asal.
      4 tidak dalam bancian (1 tanah

    kosong, 3 struktur).

    Kategori D

    Rayuan    bertulis jabatan

     

    yang

     

    diterima

     

    di

    Jumlah keseluruhan data = 14 penama 3 penama telah memberi subsidi.
      11 tidak dalam senarai bancian.

    4.0 MESYUARAT STANDCO KEHIDUPAN BANDAR NEGERI SELANGOR BIL. 3/2014 BERSETUJU PERKARA SEPERTI BERIKUT:

    1. Senarai – senarai nama tersebut dikemukakan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan dibentangkan di Mesyuarat Exco MTES untuk makluman dan
    2. Seramai 181 penama setinggan Jalan Papan yang wajar ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.
    3. Seramai 7 penama setinggan Jalan Bukit Kerayong dipertimbangkan untuk ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.
    4. Sejumlah 35 keluarga yang masih mempunyai struktur di tapak (Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong) di tawarkan rumah kos sederhana dengan harga
    5. Senarai nama tersebut tidak akan dipamerkan semula untuk pandangan
    6. Pemaju dikehendaki untuk mengemukakan cadangan kepada Majlis berhubung kaedah penyelesaian yang bersesuaian bagi menempatkan penduduk tersebut mengikut jumlah yang telah ditetapkan dengan menambah bilangan unit rumah daripada 123 unit kepada 223 unit merujuk kepada keperluan penempatan

    5.0CADANGAN PENYELESAIAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

     

    • Selaras dengan keputusan Mesyuarat Standco Kehidupan Bandar, Majlis mengesyorkan perkara seperti berikut::

     

    1. Senarai – senarai nama tersebut dikemukakan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan dibentangkan di Mesyuarat Exco MTES untuk makluman dan
    2. Seramai 181 penama setinggan Jalan Papan yang wajar ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.

     

    1. Seramai 7 penama setinggan Jalan Bukit Kerayong dipertimbangkan untuk ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.

     

    1. Sejumlah 35 keluarga yang masih mempunyai struktur di tapak (Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong) di tawarkan rumah kos sederhana dengan harga

     

    1. Senarai nama tersebut tidak akan dipamerkan semula untuk pandangan

     

    1. Pemaju dikehendaki untuk mengemukakan cadangan kepada Majlis berhubung kaedah penyelesaian yang bersesuaian bagi menempatkan penduduk tersebut mengikut jumlah yang telah ditetapkan dengan menambah bilangan unit rumah daripada 123 unit kepada 223 unit merujuk kepada keperluan penampatan

    Pemaju perlu membina rumah kos sederhana dalam tempoh 2 tahun di tapak yang telah dikhaskan di Jalan Papan mengikut pelan lulus MPK MPK/KS/87A/2007.

    Peneroka Bandar (setinggan) perlu diberi keutamaan untuk ditawarkan dengan pengesahan daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor melalui Mesyuarat Standco Setinggan, Negeri Selangor.

    1. Segala urusan pemindahan adalah di bawah tanggungjawab pemaju

     

Lampiran

Tiada Lampiran.