Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

35) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong.

    Bagi status peneroka bandar Jalan Papan beberapa mesyuarat dan perbincangan telah diadakan. Pihak Majlis mengambil maklum dan menerima senarai nama yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas bagi membincangkan Isu Penyelesaian Peneroka Bandar di Jalan Papan, Pandamaran Mukim Klang yang diadakan pada 23.05.2016 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Tuan Nor Azmie Bin Diron, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) iaitu:-

    • 123 penama menerima tawaran rumah teres 20’ x 70’ dengan tawaran harga RM99,000.00 selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 28/2011 bertarikh 24.08.2011.
    • 98 penama menerima tawaran Rumah Selangorku Jenis B dengan keluasan 800kp dan tawaran harga RM99,000.00

    Pihak pemaju dikehendaki mengemukakan pindaan pelan kepada Majlis Perbandaran Klang dengan kadar segera bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pelan – pelan pembangunan. Pihak pemaju dalam proses penyediaan akhir draf pelan pindaan Kebenaran Merancang untuk dikemukakan kepada pihak Majlis. Bagi penempatan semula pegerai dan pengusaha bengkel Jalan Bukit Kerayong, pihak pemaju akan mengemukakan permohonan Kebenaran

    Merancang bagi pendirian kedai kos rendah setelah urusan hakmilikan tanah (hakmilik berasingan) diluluskan dan didaftarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Klang.

  2. Berapakah unit rumah teres dan unit pangsapuri akan dibina di atas tapak Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong?

    Jumlah keseluruhan cadangan perumahan teres di Jalan Papan adalah sebanyak 404 unit rumah teres (2 tingkat) termasuk 123 unit rumah teres untuk penempatan semula peneroka bandar Jalan Papan bagi unit pangsapuri pula sebanyak 254 unit Rumah Selangorku dicadangkan termasuk 58 unit untuk penempatan semula baki peneroka bandar di Jalan Papan.

    Walau bagaimanapun, tiada sebarang pembangunan perumahan dicadangkan di Fasa Pembangunan Bukit Kerayong.

     

  3. Apakah isu yang masih tertunggak?

    Antara isu – isu yang masih tertunggak dan telah dikenalpasti adalah seperti berikut:-

    • Kaedah/ tawaran penyelesaian baki peneroka bandar yang masih berada di tapak (kategori keluarga tambahan/ telah ambil subsidi) sering dipertikaikan oleh penduduk dan bekas peneroka bandar.
    • Kegagalan pemaju untuk mengemukakan dengan segera pelan pindaan keseluruhan cadangan pembangunan di Jalan Papan, pelan Kebenaran Merancang cadangan pembangunan Rumah Selangorku dan pelan Kebenaran Merancang cadangan pembangunan Kedai Kos Rendah mengikut tempoh masa yang ditetapkan. iii) Isu hal tanah dan status pemilikan 8 unit tapak tokong di Jalan Bukit Kerayong yang masih belum dimuktamadkan. iv) Isu pendudukan setinggan di atas tanah kerajaan Jalan Bukit Kerayong (rezab tokong) yang masih tertangguh (peneroka bandar enggan berpindah walaupun telah menerima tawaran).

Lampiran

Tiada Lampiran.